Tuesday, December 30, 2008

dulu-dulu


Bismillah hirrahmanirrohim…

Malam tadi tergerak hati nak cari balik buku2 time sekolah and matrik..
Dalam pencarian tue jumpa sesuatu yang menarik iaitu buku catatan time matrik dulu..aku nie suka tulis tarikh dan tempat. Tertulis kat atas buku DKB1(dewan kuliah besar 1), 9.25 pagi, 23/12/06..yang menariknya aku tulis kat situ priority kita adalah stdy tapi jangan halang atau sekat DAKWAH..

Hah??aku dah tulis pasal dakwah time matrik dulu??tapi apa yang aku faham tentang dakwah dulu??aku rasa bila dah buat keje2 islam, join persatuan islam itu adalah dakwah..kan selalu kita kata belajar itu juga adalah dakwah bukan??tapi konsep sebenar dakwah itu aku masih belum faham sebenarnya huhu…lawak pun ada jugak..

Dulu aku pernah menolak tawaran jadi ajk Pusat Islam kat matrik dengan alasan nak tumpu perhatian pada stdy tak nak ada komitmen lain..yang dahsyatnya aku turut menghasut kawan2 yang lain supaya tak yah jadi ajk huhuhu jahat betoi aku ni!!tapi setiap aktiviti yang PI buat kami sertai semuanya…

Ditakdirkan Allah result aku teruk kena repeat hahaha…kata nak tumpu perhatian pada stdy sampai xmau join PI tapi apa yang jadi akhirnya kilah????tu la..tolak lagi rezeki di depan mata lastly diri sendiri yang terkena..”kalau kita buat kerja Allah, Allah akan tolong kita”, “selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah mengejar kita”…

Time repeat aku nak menebus kembali dosa2 dulu huhuhu…aku nak jugak join PI walaupun dah ‘berusia’ sikit..Allah nak mentarbiyah aku supaya jangan sekali-kali menolak kerja2 Islam nie..sapa kita nak tentukan kejayaan kita???kalau Allah kata aku berjaya akan berjaya juga..kalau Allah kata akan gagal, maka gagallah kita walau buat cmna sekalipun…

Bila dah join PI bukan aku hny dpt berpersatuan shj ttp melalui itulah aku mengenal apa itu usrah??..sblm nie perkataan usrah pun tak pernah dengar..sejak dari itu bermulalah perjalanan hidupku sbg “manusia”. Sebelum nie hidupku hny untukku sahaja..tidak pernah fikir ttg orang lain..ada juga terpikir tapi tak tau nak buat apa..lastly lupa cmtu ja la..

***Bukan penghargaan yang dikejar tetapi redha Allah yang kami kejar..
Penghargaan manusia tidak penting tetapi penghargaan Allah adalah segala-galanya buat para duat.. ***

Monday, December 29, 2008

kenangan...

berlima daei di sini
duduk menunggu kuda yang bakal tiba
kuda yang setia membawa mereka ke mana sahaja
tanpa bantah tanpa rungutan..

buku ditatap, akal berfikir kencang, hati penuh ketundukan..
masih disini menanti kuda itu..belum tiba
di hadapan di belakang, di tepi manusia tidak seramai mana,
namun pelbagai ragam..
ada yang membaca, merenung keagungan Allah..
semuanya bertasbih memuji Tuhan yang Esa.

aku??
sudah pasti sedang kusyuk melarikan pena pada buku kenanganku
sunguh kenangan buku ini..
buat kesekian lamanya aku tidak menulis padanya..
hampir dua tahun
namun kerinduan yang memuncak telah memaksaku..
memaksa penaku berlari di atasnya..

Tuesday, December 16, 2008

DAEI??

Sesungguhnya perjalanan seorang daei itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daei menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya. "Sampai bila kau akan melelahkan diri?". Dijawab daei dengan pasti, "Sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)" al Fawaid - Ibnu Qayyim

Sunday, December 14, 2008

CERITERA BORNEO SI CAMAR KECIL

Berada di tempat orang sebenarnya mengajar kita mencari diri dan lebih mengenali diri. Dapat menilai bagaimanakah diri kita sebenarnya..adakah kita seperti batu?camar?laut?pohon hijau?dahan pokok?lebah? Ataupun parasit… siapa saya..bagaimana saya..semuanya terjawap di BORNEO…slmt dtg ke ceritera borneo si camar kecil…

Pertama kali si camar kecil ini terbang ke awan tinggi. “Ahh!!aku berada atas awan sekarang..betulkah??”tny si camar kecil kegirangan bercampur kesyukuran..tapi pertanyaan itu hanya bergema dalam jiwa..si camar kecil duduk bersebelahan dengan camar ummu dan kerikir yanna di hujung sebelah tingkap. Kesemua ahli rombongan nampak berseri-seri di dalam penerbangan MAS boeing 747 itu. Tali pinggang diketatkan dan seat ditegakkan. Masa untuk berlepas diumumkan sebentar tadi. Pesawat mula terbang, kapal mula menujah ke atas terasa diriku juga turut menujah ke atas.. pandangan dilemparkan ke kiri dan kanan masing-masing kulihat bertafakur dalam pesawat 747 itu. Dalam hati ada getar, takut apa-apa terjadi maklumlah baru pertama kalikan. Kerikir yanna bersuara “subhanallah cantiknya..tengok-tengok cantiknya pemandangan di bawah..”. Aku turut teruja menjeling ke arah tingkap..hebatnya ciptaan Allah. Tiba-tiba terasa betapa kerdilnya diri ini. Ermm nampak kitani ghurabaa yang berada di tengah2 pesawat. Kami semua ditempatkan di tempat duduk tengah. Dlm penerbangan tue nampak akhawat mula membaca al-quran dan ada yang membaca buku2 islamik yang dibawa. Orang lain ada yg tidur dan ada yg melayan lagu. Ermm lainnya kitani..menetang arus org kata tapi mereka la yang menentang arus sebenarnya.

Hampir 2jam dalam pesawat akhirnya kami mendarat di lapangan terbang Miri kira2 pukul 8.00mlm. alhamdulillah sampai juga ke miri bumi yang dipenuhi dgn minyak. Namun jangan dilupai disini juga bumi tarbiyah dan tanah air(watan) kita. Dimana bumi dipijak disitu islam dijunjung. Allahhu akhbar!!!

Dahan Wawa (bukan nama sebanar) menyambut kami di airport miri. Kami masih belum diberitahu bermalam dimana untuk malam ini. Pohon nyiur ain bertanya kita tidur di airport boleh??si camar kecil boleh je dimana-mana pun hehehe...barulah namany da’i sebenar, tak takut pada apa-apa pun kecuali Allah. Namun sejurus kemudian kak syuhada dan kak rozie sampai. Tapi nampak kak rozie mcm sedih rupa-rupanya dia terlepas flaight (sabar ye kak rozie). Kami masih tak tahu akan dibawa ke mana..aku si camar kecil dan yang lain trip pertama dihantar ke tempat menginap. Kesian kak syuhada terpaksa angkut kami dengan kelisanya seorang diri. Dia terpaksa berulang-alik 4kali untuk angkut semua akhawat ke sana . Lepas check-in naik lift ke tingkat 9. dalam kepala maybe bilik yang ada katil n toilet ja la. Masuk2 tgk subhanallah mcm apartment mewah lengkap ada dapur, mesin basuh, tv, peti n etc..semua dah sampai ta’aruf dgn wawa(usrahmate fareha kat nz), kak syuhada n kak hanim.

Pagi esoknya time menunggu UQY sampai kami da wat halaqoh dan buat sharing sket2 tapi sedikit hambar suasananya tak tahu knp..untuk mencergaskan kembali da’i2 ini kami buat acara jln2 dengn menggunakan spek(kaca mata) da’i. Graup 2( camar naz, KD, batu ai suki, parasit sal,) menuju ke taman bunga yang lain ada memilih ke kolam dan lobi hotel. 30minit berlalu masing2 dikehendaki kembali ke bilik hotel. Masa utk sharing…getah Fareha yang memulakan. Sharing about car and da’I seterusnya camar naz sharing about flower (bunga dedap vs kaktus). UQY sampai bersama umar, nurul(Brunei) and mimie(Brunei). Pengisian ghulam dakwah yg lebih detail. Satu-satu ayat diteroka dan dihuraikan. Jazakallah ustaz. Pukul 2.30 kami berkemas utk check-out. Turun dari hotel tunggu kenderaan. Ada yang naik van pakcik hussaini dan kak lina. Tak kenal pun siapa tapi yang pasti ikhwah hehehe..solat di masjid miri (sempat bergambar lagi). Ustaz terpaksa balik KB bukan kuala belait(rumah ustz) tapi kota bharu sebab mak ustaz sakit.

Kami bertolak ke kuala belait dgn pkcik hussaini, nurul dan mimie. Dalam van terhibur dgn gelagat nabihah yg comel. Sampai di rumah pkcik hussaini dah maghrib tapi xmakan tghr lagipun…aduh laparnya..time tue teringat Rasulullah menahan lapar sehingga ikat perut dgn batu.tak dapat bayang bagaimana perasaan Rasulullah sedangkan diri ini tak makan tghr pun dah tak tahan. Semua siap-siap untuk solat. Ramai yg dah tumbang time tunggu turn masuk toilet(terutama yg guna toilet atas). Turun2 dah solat pun. Ish3x awat jd camtu??? Malam tue pkck hussaini sampaikan pengisian(ceramah kata org Brunei) ttg iman dan amal. Semua anak2 dia pun dgr sekali huhu keluarga bahagia. Lepas ceramah time to eat!! Alhamdulillah…banyak la pula kak lina masak. Da 2 jenis nasi lagi. Walaupun lapar tapi agak penat kot makan sikit je. Time makan tue sempat la borak2 dengan kak lina kat meja mkn.lepas makan siap2 untuk tidur. Keesokan paginya kami kena tunggu akhawat yg datang dari Bandar seri bagawan untuk angkut kami. Sementara menunggu kak ness sampai dulu. Kak ness sharing ttg halaqoh online yg ustaz slalu war-warkan tue dan bagaimana dia mula kenal islam. Hebatnya islam ermm…pastu borak ngn pkck hussaini n kak lina. Pkck tny kami buat usrh cmna. Dia ikut halaqoh Quran dgn ustz. Pastu sesi bergambar di dalam dan luar rumah sampai ada yg licin jatuh tangga luar(sorri parasit sal hehehe).habis sesi brgambar sister Bandar pun sampai. Bnyk sgt kereta yg datang menjemput kitorg. Sampai dalam kereta yang besar ada 4penumpang je.

Kami bertolak ke Bandar seri bagawan tp transit sekejap ke pantai seri kenangan di tutong. Dalam kereta nani cerita kisah sahabat, batu ai suki cite cmne terjebak ngn usrah nie..Ya Allah terasa jika tiada pemahaman islam mcm sekarang nie. Tidak bermakna hidup,tiada erti hidup ini..zero..terima kasih ya Allah memberi kesempatan untuk kami turut berada dalam perjuangn ini..kami sampai di Bandar tghr dalam pukul 12. sepanjang perjalanan di Bandar tiada bangunan2 pencakar langit mcm di KL, tiada kedai mkn yg byk, tiada public transport yg bnyk, tiada remaja melepak..mat rempit jauh sekali la..amannya Brunei!! Kami singgah ke rumah kak nabila untuk makan tghr. Diberitahu yang tak pernah ada sister yang kak nabila bawa ke rumah dia lagi..kitorg adalah tetamu pertama dari akhawat huhuhu terharunya. Kak nabila agak baru dlm usrah tapi dia sanggup menemani kemana pun kami pergi. Dia menggunakan kereta kluarganya untuk kami sehingga hari terakhir disana. Adiknya munirah turut serta bersama-sama kami. Banyak tempat yang kami lawati di Brunei..kami ke kampong air, muzium Brunei, main bola jarring, ziarah rumah suyukh2 dan rumah akhawat. Apa yang dilihat disini ikatan kekeluargaannya sgt utuh. Disini tiada pengaruh luar yg kuat untuk ank2 mudanya. Sehingga pabila seorg kakak masuk usrah dia boleh tarik adk2nya sekali..itu sangat mengagumiku..sehinggakan ada ibu bapa yg turut serta dlm perubahan ank2nya..dakwah dan tarbiyah disini kurasa sgt cepat berkembang. Awal thn dulu jump dgn geng Azi tgh thn jump kak ness dan bila ke brumei tak sangka mereka dah berkembang..sehinggakan kak Nor turut bersemangat kembali dlm perjuangan melihat kesungguhan ank2 muda ini..tak dapat digambarkan bagaimana uniknya dakwah ini sehinggakan guru dan anak murid sama-sama dalam tarbiyah ini sedangkan bukan guru itu yg mentarbiyah anak murid ttp dakwah telah menyatukan mereka. Bagaimana tarbiyah telah menjodohkan seorang naqibah dgn seorg abang kpd ank2 usrahnya…Ya Allah uniknya dakwah ini..bagaimana dakwah ini telah menyatukan hati-hati kita yang berlainan tempat, budaya dan bahasa..tetapi kita ttp satu. Oleh itu dalam usul 20 yg disampaikan oleh akhi Yusuf, diman pun kita disitulah watan(tanah air) kita.

Dakwah dan tarbiyah telah membuatkan seseorang yang gila bermain bola jaring menganggap bola jaring itu sama seperti dakwah ia bukan boleh dibuat sembrono shj ttp ada step2 yang perlu dipatuhi silap lagkah maka terbatal, tersalah lagkah maka akan tersasar. Bak kata ustaz Ali ketika pengisian di madrasah tahfiz di bintulu bahawa kita anggap kita tersasar sedikit shj ttp pada jangka masa panjang ia membawa kepada sasaran yang sangat besar jurangnya..itulah yang diceritakan oleh Hj. Asri di Brunei bahawa orang yang menariknya dlm dunia dakwah dan tarbiyah sudah keluar dari perjuangan ini sedangkan dahulu ketika study dia adlah org yg selalu menyampaikan yg selalu mengingatkan adk2 tika terlalai.namun akhirnya bila dah berkeluarga dan bekerja segalanya berubah kerana mungkin sesar yang dianggap kecil dahulu kini besar jurangnya sehinnga tersasar keluar dari perjuangan ini nauzubillah..

Namun tidak dinafikan bahawa keselesaan di Brunei kadang-kadang melalaikan diri seketika. Sekiranya camar naz berada disana rasanya tak tahu la dpt trima D&T atau tidak. Sebab tue camar naz tinggal kat M’sia krn Allah Maha Mengetahui..terima kasih Allah..

Dipendekkan cerita kami sampai ke miri dari Brunei seterusnya menaiki bus ke bintulu untuk ke rumah kak pija pula. Ditakdirkan kami agak terlewat untuk naik bus ke bintulu seat kami dah ada org duduk. Kami terpaksa berhimpit tiga org utk 2seat tak pe la sebelum nie kat Brunei dah selesa sgt kan akhawat??nie baru dikatakn jaulah. Selama tiga jam dlm bus yg berhimpit tue akhirnya sampai juga ke rumah kak pija. Mula2 sampai mcm xcaya tue umh kak pija sebab lalang tinggi mcm rumah org tak duduk ja..bila k.pija dah buka pintu betul la..masuk rumah, kak pija beri ucpn slmt dtg dan yg mengejutkan dia kata ktorg duduk bkn free kena byr!!biar betul kak pija ni..tapi bukan byr dgn duit, kena buat keja..kena tebas rumput kat luar, kemas ruang tamu, kemas blik, cuci toilt dan dapur..camar naz kena tebas kat luar huhuhu..tapi best sebenarnya..time tebas rumput yg tinggi tue mula pikir bahawa beginilah yg akan terjadi sekiranya lalang2 jahiliyyah tak ditebas dalam diri ia akan terus membesar dan bakal menutup rumah iaitu menutup sinar2 iman..bila cbut rumput dgn tangan rupa2nya rumput nie sgt kuat kalau tak cabut akarnya ia akan tumbuh lagi maka aku dan camar ummu cabut guna tanagn arghhh!!wah banyaknya akar kat dalam tanah nie..itulah jahlyyah yg perlu dibuang dalam diri. Nampak kecil rupanya akar yg bersarang dlm diri sgt besar jika tidak dibuang sehingga akr umbi maka ia akn ttp ada selamanya..bak kata akhi Firdaus malam tue virus yg paling kuat dalam dakwah adlh virus jahilyyah..mmg betul. Kami disuruh tulis ikrar apa jahilyyah yg akan dibuang lepas nie.lepas pengisian dgn akhi firdaus kak salwa sampai, sebelum nie dok dgr ja nama kak salwa dan kak lin. Kak salwa selalu org pngl salwa B, ingatkn salwa bintulu tapi B itu adalah bee hehe…jom dengar cite ktorg time pergi ke Taman TUMBINA(tumbuhan dan binatang)..diberi tugasan jalan2 kat situ dan cari apa yg significant dgn diri sendiri..kami pun jln2 la mencari diri hehe..camar naz dan dahan wawa jln bersama ada yg naik ke atas tgk bear tapi kami turun bawah tgk reptiles..jump ngn kura2 yg pemalu itu bkn aku bukan juga wawa. Naik atas sikit jump dgn buaya yg obesity huhu cian dia tak buat keja apa pun tunggu pkerja zoo bg mkn pastu telan je itu yg obesity tue hehe..atas jambatan tue ada pulak buaya darat hurmm ingtkan buaya ada kat bawah je rupanya buaya darat pun ada. Pagi2 dah buat keja astaghfirullah…jln2 tgk cendawan intan duduk bwh pokok sendirian..pastu nyiur ain pulak sampai. Kami asyk bercerita pastu dahan wawa turun bawah tgk burung dalam sangkar..macam menarik. Semasa melintas burung tue kata assalamualaikum..hahaha..lawaknya..burung pun pandai kalau dilatih inikan pula kita manusia.Cuma perlukan kesabaran dan usaha. Bak kata batu ai suki batu itu keras memerlukan sesuatu yg kuat utk hancurkannya tapi kata kerikir yana kerikir itu kalau selalu di titiskan air maka akan terbentuk juga ia walaupun perlahan. Begitu juga kita nampak keras tapi jika betul caranya kita mendidik mad’u akan menjadi juga. Kata camar naz dia ingin bebas, bebas untuk berdakwah dan menjadi penyampai spt burung hud2..menyampaikan syariat Tuhan. Tapi kata camar ummu dulu dia suka keseorangan, bebas buat sendiri tapi kini ingin berkumpulan sperti camar2 lain bergerak bersama menjalankan misi Tuhan. Kata kak lin dia laut..tak tahu apa yg ada dalamnya tapi ttp memberikan pemandangan yang cantik kpd alam..tapi lebih cantik jika laut itu ada camar2 yang berkicau dan batu kerikir yang yang terdampar di pesisirnya seperti tanjung batu yang sangat indah itu… tanjung batu menjadi saksi kerendahan diri pabila pasir2nya disentuhi bekas-bekas sujud para da’I muda ini…

Jaulah yang sungguh indah..penuh suka dan duka..pengalaman dan pengajaran oleh da’I-da’I yang sudah lama dlm perjuangan. Menjumpai diri di bintulu. Kata kak pija bintulu nie takde ape sgt mcm Brunei..tapi disini tergetar imanku pabila kak salwa bee kata dia adalah penyengat dan kita semua juga adalah penyengat..

Eh lupa nak citer bukan berakhir waktu sampai di LCCT saja. Tapi ramai yg dah tahu saya terlepas tren utk ke kedah kn??ermm itulah kisahnya..saya dah belipun tiket bus ke KL sentral dalam flaight lagi..ditakdirkan beg lambat keluar. Dapat je beg saya terus bergegas keluar cari sky bus.jump terus naik tapi bus tue slow sket. Maybe driver tue dah penat berualang-alik seharian hari nie..sampai KLsentral sharp 8mlm. Tren ke kdh pukul 8mlm.naik lift ke tingkat 2..rasa syukur sebab ramai org kat situ. Bila tny dia kata tren kul 8 dah bertolak. Bila tny guard kat situ mmg tren dah bertolak pun huhuhu..tak balik raya la cmni. Tak tahu nak buat apa hilang arah..berjalan kehulu kehhilir..call mak xdpt, call rumah xdpt, call k.yanna pun xdpt…Ya Allah betul2 menguji..dalam keadaan tak tahu buat apa nmpk polis saya trus tny polis mcm budak kecik tak tahu apa “encik kalau tertinggal tren cmne ye”..hahaa bodohny soalan bila dah sedar knp la tny polis tak tny kaunter tket tren??lps tue ketawa sorng2 hahaha..call fateh kak yanna angkat ingt nak sruh kak yanna hantr ke rawang tapi dah tak sempt nak kejar tren tue..naik komuter blik fateh. Kak yanna kata tket dah abeh dia tny tadi. Kerikir yana kata jom raya kat pahang takpun blik seremban ngn batu ai suki lagi best ke teluk intan ngn cendawan intan..huhu taknak!!pagi2 7hb keluar cari tket kt hentian kajang alhamdulillah ada lg satu seat bus durian burung tp mahal sket la rm42.90. xpe la asal boleh blik raya heehe…

Friday, November 14, 2008

hari yang indah ^_^

alhamdulillah tengah hari tadi tamatlah sudah exam untuk sem ini =))..penamat yang agak menggembirakan kerana banyak soalan yang ditanya sudah ku hafal(hafal 1jam sblum exam hehehe)
pulang ke rumah dengan penuh kesyukuran..walaupun baca last minit tetapi Allah masih mengizinkan saya menjawab dengan baik..terima kasih Allah!!

balik rumah sempat merebahkan tubuh di tengah ruang tamu dengan kipas yang berpusing ligat di atas kepala..otak menerawang memikirkan apa yang perlu dibuat hari ini..selepas ini..sebelum nie asyik terkurung membaca buku-buku akedemik untuk exam sahaja..teringat ayat dari surah al-insyirah "maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain pula).."

semangat-semangat!!ayuh bekerja dengan lebih kuat lagi..

tiba-tiba teringat la pulak yang semalam aku janji nak masak special tuk k.zur hehehe..
nak masak apa ye(pikir-pikir)...ermm masak tom yam je la rini..lagi pun syah da exam ptg nie kena masak cepat-cepat..tp sebelum masak tu sempat pun lagi tidoq dalam 15minit kot hehehe..
sume orang dalam rumah pun perasan dengan keceriaan aku pada hari ini..nampak sangat yang hari-hari sebelum ni asyik tension je huhuhu..

"specialnye hari nie??sempena sambut naz habes exam ke?"
hehehe aku hanya tersenyum penuh makna..ye jugak tp niat asal sebab dah janji ngn k.zur semalam.tapi kira boleh jugak la...

habes je makan aku terus ke driving class, my 1st class..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
mula dari naik bukit, parking hingga 3t semuanya berjaya dibuat..

balik je rumah kakak2 ku sayang menyambut dgn penuh mesra..walaupun aku dah basah kuyup time tue..hujan lebat sangat terpaksa balik jugak sebab dah nak maghrib pun..

yang bestnya mlm nie lepas mghrib bersama-sama, kitorg ulas ttg buku akhlak seorang muslim..terasa sangat bila part puasa itu merupakan pra-syarat kepada taqwa..dan taqwa itu adalah pra-syarat untuk mendapat kesempurnaan solat,,pentingnya taqwa..
senangkah untuk mendapat taqwa??
layakkah mendapat taqwa??

baru je bincang pendahuluan..sentuh ttg solat, puasa dan zakat..dengar macam boring je sebab nie adalah rukun iman yang kita dok hafal ada 6 tue..

tp apa yang penting???eje..ame..(nie loghat isya ank sedara saya)

takde la yang tadi tue iklan je ehh..yang penting disini ialah bukan hafal macam kat sekolah tue..yang tue ibarat tin kosong je pun..dengar hafal je lebih tapi bila suruh terangkan tak reti pun..
ktorg bincang hakikat kenapa kita disuruh solat, puasa, zakat, haji dan syahadah??
kalau kita tak tahu kenapa dan mengapa kita buat suma rukun iman nie..mmg kita takkan merasai manisnya melaksanakannya..

macamtu la juga kenapa ramai yang lebih suka buat yoga..krn mereka mengatakan mendapat ketenangan dan kesihatan yang baik,,bagaimana dengan solat kita??
Allah dah sebut pun sejak 1400 tahun yang lalu bahawa solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..nampak tak yang kuasa solat itu lebih hebat dari senaman2 lain..solat bukan sahaja mampu memberi kesihatan yang baik malah membentuk akhlak kita secara langsung..
tapi sayangnya kita kini sudah tidak faham ini semua...ermm kita sebagai mangsa keadaankah???

namun ku bersyukur sangat pada hari ini..pelbagai nikmat yang Allah kurniakan kepada daku, namun terasa seperti tidak layak untuk menerima kesemua nikmat-nikmat ini..

Sunday, November 9, 2008


masjid jamek kolej matrikulasi kedah

Friday, November 7, 2008

TIKA ITU..



teringat kembali...
kalau d matrik dulu, time camni mesti aku tengah kusyuk solat sunat hajat dan taubat atau membaca ayat-ayat suci al-quran..
tak pun kalau penat sangat pada siangnya aku akan terlelap di bahagian belakang masjid dipenjuru paling hujung ataupun disebalik tiang berdekatan rak al-quran..
huhuhu...rindu sangat suasana itu...tika itu..
sekarang..tika ini aku berada di masjid ukm, diwaktu yang sama tetapi suasananya yang berbeza tidak semanis tika dulu...

masjid jamek kmk(kolej matrikulasi kedah) banyak menjadi saksi untukku...saat suka dan duka..
ia juga menjadi tempatku meluahkan segala rasa dan perasaan..
kurindu tempat yang selalu memujukku tanpa jemu-jemu...

Wednesday, November 5, 2008

menangislah hati.....


terima kasih sahabat ku sayang...krn klik pd entry ini..

apabila kamu mengambil wudhu,
pastikan kamu bkn shj wudhu di anggota tubuhmu,
tp wudhu lah juga pd hatimu, batinmu...

sucikan hati mu sayang krn kamu bakal berbicara dgn Allah...

apabila kamu menjejak sejadah..
ingatlah,
sebenarnya kamu sedang menunggu kedatangan 1hari dimana kamu akan dibaringkan dan dihadap pada arah yg sama (arah kiblat)..

pada hari itu,
adakah kamu dpt menuturkan kata2 ini??
"Allah tuhanku,
Muhammad nabiku,
Kaabah kiblatku,
al-Quran kitabku,
Islam agamaku"
ADAKAH KAMU DPT LAFAZKANNYA??
DAPATKAH??!!!!

wahai hati...
menangislah.....
betapa menggunung dosa yg kamu hitung..
ketika kamu dedahkan auratmu,
mengumpat saudara n kenalanmu,
menyakiti hati ibu bapamu..

MENANGISLAH HATI!!!!
MENANGISLAH HATI!!!!

mungkin ini solat mu yg terakhir...
selepas ini kamu mungkin hanya terbaring pd arah yg sama...
sejadahmu yg berwarna warni
akan bertukar menjadi tanah...

sahabatku sayang...
khusyuk lah ketika menunaikan solatmu...

Monday, November 3, 2008

BILA AL-QURAN BERBICARA



waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
dengan wudhu', aku kau sentuh
dalam keadaan suci, aku kau pegang
aku kau junjung dan kau pelajari
aku engkau baca dengan suara lirih
ataupun keras setiap hari
setelah selesai engkau menciumku mesra

sekarang engkau telah dewasa...
nampaknya engkau sudah tidak berminat padaku
adakah aku hanya bacaan usang tinggalan sejarah??
menurutmu aku mungkin bahan bacaan,
yang tidak menambah pengetahuanmu
atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji...

sekarang aku tersimpan rapi sekali,
hinggakan engkau lupa dimana aku tersimpan
aku engkau anggap sebagai pengisi setormu
kadangkala aku dijadikan mas kahwin
agar engkau dianggap bertaqwa
atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

kini...aku lebih banyak tersingkir
dibiarkan dalam kesendirian, kesepian...
di dalam almari, di dalam laci aku engkau pendamkan

dulu pagi-pagi, surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
diwaktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu disurau
sekarang...seawal pagi sambil minum kopi..engkau baca surat khabar
waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
sedangkan, kau yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
engkau abaikan dan engkau alpakan,
waktu berangkat kerjapun kadang-kadang enkau lupa membaca pembukaku(bismillahirrahmanirrahim)

di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
tiada kaset yang berisi ayat Allah di dalam keretamu
seoanjang perjalanan, radiomu tertuju ke stesen radio
kesukaanmu...
mengasyikkan...

di meja kerjamu tiada aku untuk dibaca sebelum mulai kerja
di kompuetrmu terputar muzik kesukaanmu
jarang sekali engkau putar ayat-ayatku
e-mail temanmu yang ada ayat-ayatku engkau abaikan
engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
benarlah dugaanku bahawa engkau kini
hampir-hampir melupakanku

bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan tv

menonton siaran televisyen

di depan computer berjam-jam engkau betah duduk

hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar

sampah

waktu pun cepat berlalu

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku

Dengan lafaz dan suara yang tidak semerdu dulu

Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membaca ku atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong mu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada pada ku menolong mu

Itu janji tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu….

Setiap saat berlalu…

Dan akhirnya…

Kubur yang setia mununggu mu

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati

Di kuburmu nanti…

Aku akan datang sebagai pemuda yang gagah dan nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan kea lam akhirat.

Dan Akulah ‘Al-Quran’, kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali…bacalah aku kembali setiap hari.

Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu….

Letakkanlah Aku selalu didepan meja kerjamu

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu

Sentuhilah Aku kembali….

Baca dan pelajarilah Aku….

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu…waktu engkau m,asih kecil

Di surau kecil kampong mu yang damai

Jangan Aku engkau biarkan sendiri…..

Dalam bisu dan sepi…..


Sunday, November 2, 2008

Saturday, November 1, 2008

KEHIDUPAN




"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning dan kemudian menjadi hancur. dan di akhirat(nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu "
(57:20)

Friday, October 31, 2008

si semalu ^_^




pada suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, saidatina Fatimahr.a. setibanya mereka berdua di sebuah batang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi ...wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini...

pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. wanita juga harus seperti ini mempunyai perasaan malu(malu pada tempatnya)

semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya..oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai muslimah yang solehah.

semalu ini mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mengcengkam bumi. ini bermaksud wanita hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..

subhanallah hebatnya ciptaanMU Allah...subhanallah..subhanallah..subhanallah...
betapa semalu yang tempatnya paling hina pada pandangan manusiawi itu mempunyai nilai yang begitu tinggi untuk dipelajari...inikan pula kita manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian...

kita kadang-kala lebih hina dari semalu ini. manakan tidak boleh berpegangan tangan sesama bukan mahram di khalayak ramai lagi..di mana letaknya perasaan malumu???

nampaknya nilai manusia skrg lebih rendah dari semalu tempat orang memijak itu...

Thursday, October 30, 2008

kisah dua bidadari



bertanya pada sang bidadari berwajah manusia...

"wahai kakakku, kanapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

lalu berbicara si bidadari berwajah manusia...

"wahai adikku. bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. tetapi disitulah wahai adikku kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. tangis sendunya wanita itu wahai adikku bisa meleburkan ego seorang lelaki...menjadi "izzah" yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata."

si adik tidak berpuas hati. lalu dipertikaikan lagi...

"namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"pernahkah dengar akan pesanan Ilahi pada hambaNya? wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud: wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. lantas cuba asik nilai kepada siapakah terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?pada hamba yang bergelar ar-rijal. kerana andai, sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin akan terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. dan tidak Allah lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. sesungguhnya para wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali kepada para suami mereka sahaja. dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. namun...wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya!!bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!!sesungguhnya wanita yang beriman yang selohah itu lebih baik dari ribuan lelaki soleh."

"tetapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?tidakkah mereka merasa malu??"

sang bidadari berwajah manusia menguntum senyum penuh makna. adus!!semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini...

"wahai adikku sayang..al-haya'(malu) itu dalam diri setiap insan. wujudnya seiring dengan nafas insani. dan al-haya' itulah pakaian iman. pada diri wanita itu, indah al-haya' sebagai pembenteng diri. namun bilamana al-haya'nya lebur, imannya runtuh. kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?kerana mereka sebenarnya paranoid. merasakan diri tidak cukup menarik...merasakan belum cukup lagi dunia melihat mereka. mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. namun adikku...wanita solehah itu pasti dapat melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."

"wahai adikku di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. maka demikianlah adikku menilai mereka. tetapi perlu juga dilihat pada hatinya..pada akhlaknya..

dizaman ini tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. namun adikku...jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu..kerana didalam hati mereka, tetap ada permata yang indah...perasaan cinta pada Allah...kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. adikku mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak Allah. cuma kadang-kadang term solehah itu terasa berat di bahu mereka...kadang mereka takut pada persepsi wara' dan alim. sedangkan itu cumalah persepsi. hakikatnya wara' itu bermaksud menjaga.

maka sesiapa ahaja yang menjaga adalah wara'. alim itu maksudnya mengetahui. barabgsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada 'stage' yang lebih baik. kerana begitulah persepsi masyarakat. sedangkan mereka alpa...Allah tidak menjadikan makhluk ciptaanNya ini tanpa tujuan dan garis panduan.Allah tidak zalim kepada ciptaanNya. bila mana Dia menciptakan Hawa itu dari rusuk Adam...Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini...ditinggikan martabat golongan Hawa ini...tapi sayang...golongan Hawa ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang Allah jadikan penuh kemuliaan...

wahai adikku...1001 keindahan penciptaan wanita

pandai-pandailah kau menilai..antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

wahai adikku...wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..tapi epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. susah dipetik, susah digapai. terkadang ia risau, kenapalah diriku belum dipetik. lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. sebenarnya...epal itu terlalu tinggi...elok sifatnya...sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya...mungkin bukan di dunia..asalkan cinta Ilahi mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia bukan??
tapi lebih bermakna bila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayangiNya untuk memetik di taman akhirat kelak."

adik terpaku sendiri...tergamam tiada sepatah kata terpancul dari bibir manis itu...diam...diam dalam ta'jub mendengar kisah sang bidadari berwajah manusia itu..

sang bidadari lalu bangkit. bicaranya sudah berakhir buat masa ini. pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. wahai adikku..sungguh tulus bersih jiwamu. benarlah kata Allah s.w.t, kamu kanak-kanak adalah penghuni syurga!!

alangkah bertuah dirimu adik..
dan aku???hanya bidadari berwajah manusia...berhakkah menjadi bidadari syurga??
wallahu'alam.

Thursday, October 16, 2008

Memikirkan Nabi yang selalu tiada makan

dipetik dari Harakahdaily.net:

Kira-kira lima tahun lalu saya bersama Nasir Jani membuat sebuah dokumentari video mengenai "Puasa Ramadan di Malaysia". Hari ini saya tiba-tiba teringat - bukan kepada VCD yang sudah siap itu, tetapi kepada satu masalah besar waktu membuat penggambaran untuk mengumpul bahan dokumentari itu.


Apa masalahnya? Masalahnya ialah kebanyakan bahan visual yang dapat kami kumpulkan rupa-rupanya adalah mengenai peristiwa orang makan. Sedangkan dokumentari itu mengenai orang Malaysia menahan diri tidak makan di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Dia jadi terbalik. Songsang.

Tetapi memang pun banyak peristiwa makan. Betul, orang Islam dewasa tidak makan di siang hari. Tetapi menjelang petang terdapat satu kesibukan orang hendak membeli makanan, yang luar biasa sibuknya, di mana-mana, di seluruh negara. Pasar atau bazar Ramadan tiba-tiba muncul di sana sini. Hal yang tidak pernah terjadi di luar bulan Ramadan. Ia suatu pesta makanan yang paling besar di dunia.

Mengapa ia terjadi songsang begitu? Tentulah bukan begitu yang diajarkan Nabi.

Itulah persoalan saya lima tahun lalu, dan masih menjadi persoalan hingga kini. Bahkan ia berkembang lagi, apabila fikiran saya tersangkut pada cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w. yang dikisahkan selalu mengalami lapar, perut kosong kerana tidak makan, hingga ada waktunya terpaksa perutnya diikat dengan batu.

Sukar hendak saya bayangkan bagaimana perut kosong yang perlu dibantu supaya tidak terasa terlalu pedih kelaparan, dengan mengikatkan ketul-ketul batu pada perut itu. Tak boleh. Saya gagal merasionalkannya. Tidakkah perbuatan itu akan menimbulkan rasa sakit pula di perut itu kerana adanya batu-batu yang diikat padanya?

Saya kebetulan sedang membaca beberapa buah buku yang di dalamnya terdapat cerita-cerita berkenaan. Misaalnya buku "Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman" hasil karya Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang baru diterbitkan oleh Anbakri Publika.

Antara lain digambarkan sewaktu membuat persiapan Perang al-Ahzab, Rasulullah turut bersama-sama dengan para sahabat, memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan. "Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati."

"Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah s.a.w. mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong." (ms 45)

Dan bayangkanlah. Walaupun terpaksa menahan lapar, Nabi dan para sahabat bekerja menggali parit itu dalam keadaan gembira dan bersemangat. Kata Nik Aziz, "Ketika menggali parit, para sahabat bersajak dan bersyair untuk membangkitkan semangat juang. Rasulullah s.a.w. juga turut bernasyid bersama-sama mereka." (ms 34)

Kemudian ketika membaca buku Meraih Ampunan Allah (terjemahan) karangan Jamilah al-Mashri (2004, Jakarta), terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah (r.a) memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata: "Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu."

Bayangkan Rasulullah tiga hari tak makan! Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, "Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: 'Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?' Baginda menjawab: 'Lapar, wahai Abu Hurairah'." (ms 230)

Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah, yang melekat dalam fikiran saya, menyebabkan saya berfikir - alangkah berbezanya, dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.

Tentulah itu bukan cerita kedaifan. Nabi Muhammad mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya dia memilih untuk menjadi kaya. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Khadijah, mengamanahkan perniagaan kepadanya.

Para sahabat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf adalah orang-orang kaya yang banyak harta, dan sentiasa mahu menyumbang. Kemudian hasil rampasan perang pun, mengikut Jamilah al-Mashri, boleh memberikan kekayaan kepada Nabi sekiranya baginda mahu mengambil bahagiannya.

Katanya, "Seandainya Rasul s.a.w. mau menegumpulkan harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan dari Perang Hunain saja sudah mencapai 8,000 ekor kambing, 4,800 unta, 8,000 auns perak serta 1,200 tawanan." (ms 138)

Mengisahkan seorang sahabat yang juga mengalami lapar, Nik Aziz di dalam bukunya mencatatkan: "Abu Hurairah r.a, berkata: Bahawa pada suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar. Orang yang melihat aku tergeletak di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan. Sebenarnya aku tidak terkena penyakit sawan, tetapi aku rebah kerana terlalu lapar.

Tiba-tiba ada sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh aku pergi ke rumahnya. Menerima jemputan itu tiba-tiba tubuh aku menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah saw menjemput kami ke rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami." (ms 35)

Membaca sirah Rasulullah dan para sahabat berulangkali dari pelbagai sudut, saya bukan saja merasai perbezaan corak hidup mereka yang ketara itu, tetapi juga merasai beberapa pertanyaan yang mendesak, memerlukan pemahaman yang lebih rasional dan wajar.

Misalnya, dua tahun lalu saya pernah mengutip idea dan pemikiran Abul Hasan Ali An-Nadwi dari bukunya Pertentangan Iman dengan Materialisma, untuk dialog drama pentas saya yang berjudul "Tamu Dari Medan Perang".

Dalam drama tersebut watak Mufti membacakan sebuah hadis, begini: "Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Umar ibnul Khattab, katanya: Pada suatu hari saya masuk menemui Rasulullah s.a.w. di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda tidak menggunakan sebarang alas bagi mengalaskan antara tubuhnya dengan pasir. Kesan-kesan pasir kelihatan jelas di bahagian rusuknya.

"Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi baginda tidak memilih yang itu."

Meneruskan pemikiran itu di hari-hari Ramadan al-mubarak, saya jadi bertambah yakin bahawa corak hidup kita sudah jauh terpesong dari landasan yang ditunjukkan Nabi. Jauh betul terpesongnya. Dan rupa-rupanya inilah yang selalu ditekankan Tok Guru Nik Aziz dalam kuliah-kuliah dan juga dalam kepimpinannya.

Tepat sekalilah beliau bertanya Ketua Audit Negara yang menegur jabatan dan agensi kerajaan Kelantan "tidak menunjukkan kemajuan ketara". Kata Nik Aziz: "Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ni dikira dari mana." Soalan itu sebenarnya untuk difikirkan oleh semua orang hari ini.

-----------

Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau sms 0136362408

Thursday, October 9, 2008

raya..raya..raya

"cepat la bangun!!! hari ni hari raya cepat bangun..." aku cuba mengumpan adik lelakiku yang sangat liat untuk bangun pagi..
dengar je hari raya sepantas kilat terjun dari katil..pelik betul. klu hari biasa kejut sampai seribu kali pun takbangun selagi matahari tak tercacak di atas kepala...ermmm...betapa istimewanya hari raya.semuanya disiapkan serba baru untuk menyambutnya..

dirumahku adik perempuanku bising suruh tukar cat dan langsir baru...
"banyak cantikkk..bagi la duit nak suruh tukar semua benda"
"ala raya setahun sekali ja pun. apa salahnyakan mak??"
"ermm..kalau tukar guna air liur xpa la jugak..nie dok membazir ja"

pastu rumah aku pun bertukar warnany...jeng...jeng...jeng...
"ya Allah warna apa hang cat nie tasya oi?? gelap gulita umah nie."
sibuk ja sepupu aku mengomel tengok umah kami berubah warna jadi warna meroon..
memang gelap pun jadinya umah tue..tapi nak catnya hanya Tuhan yang tahu..2 hari 2 malam mengecat baru siap huhuhuk..ermm tue la kita just nmpk hasilny sahaja tapi tak pernah tahu apa yang perlu ditem[uhi sebelum mendapat hasilnya itu..macam kisah cawan yang cantik tu..ingt lg??

kembali kepada persoalan tadi kenapa nak serba baru di hari raya nie??
kenapa nak yang perfect je di hari raya??
kenapa boleh je bangun awal di hari raya?
yang penting kenapa boleh seluruh orang kampung berjamaah di masjid beramai??
ajaib..ajaib..

itulah kita(melayu) atau kita(islam)??
tepuk dada tanya iman..^_^

bersambung...

Monday, October 6, 2008

kemana kau menghilang setelah sekian lama wahai diri...
kemena??kenapa terlalu lama menyepi tanpa sebutir bicara di lontarkan, tanpa sebait kata, tanpa apa-apa khabar...
apa yang telah terjadi pada dirimu????
***aku rindu semua ini..sungguh aku rindu..***
apa yang engkau rindukn??
kau telah lama hilang..hilang dari sehari demi sehari...
***tidak..aku masih disini..aku tidak pernah hilang kemana-mana.cuma aku tak berdaya untuk berada disini.kadang-kadang aku meronta-ronta untuk berada disini tapi tak boleh, seperti ada sesuatu yang sentiasa menghalang diri ini...aku rindu..***
apa tindakan seterusny??
***ketika aku dlm kelalaian dibuai permainan syaitan terasa seperti begitu indah apa yang dianggap bodoh bila aku menyedarinya..sungguh ruginy diri ini selalu mengikut al-hawa' yang sentiasa memakan diri ini.oh Tuhan ku mohon..kuatkanlah diri ini..tetaplah aku berada di jalanMu***

..rejab..sya'aban..ramadhan..terus pergi meninggalkan daku...

Wednesday, August 20, 2008

Wednesday, August 6, 2008

konvo...konvo...konvo...



musim konvo kembali menjelang,
mahasiswa mahasiswi sibuk...
sibuk menguruskan hal konvo,
ibu ayah di kampung berbangga...
berbangga dengan segulung ijazah
yang bakal menjulang nama anakanda di persada duniawi..
namun...
adakah sekadar konvo ini kita perlu berbagga??
bagaimanakah konvokasyen akhirat kelak..
adakah kita akan dipakaikan jubah atau bertelanjang bulat??
adakah kita kenal saudara kita??
adakah kita terlepas dari azab mahsyar maha dahsyat...
renungkanlah wahai saudaraku sekalian
buangkanlah sikap 'wahan' yang diamarankan oleh Rasul kita...

Wednesday, July 16, 2008

adik lagi...bila tiba time untuk kakak-kakak pula huhuhu...

terkenang masa dahulu...
memori silamku

huhuhu...da ja halangan nak tulis malam nie...
dalam plan hari ini aku akan buat tuisyen for my neigbour's daughter. ini adalah first time conduct tuisyen yang agak formal sebelum nie just for adik-adik sendiri kat rumah je(agak garang)..adik-adik asyik kena ulang dan ulang dan ulang..sampai naik cemuih!(kata orang kedah). ingat lagi ada satu slot kat matrik time program jati diri ada seorang penceramah mengatakan bahawa ulangan itu sihat, so untuk sesiapa yang perlu merepeat paper jangan la rasa sedih dan berduka cita kerana ulangan itu sihat...

"assalamualaikum..." suara comel adik husna kedengaran di luar pintu. sempat aku menjeling ke arah jam, dia tiba awal 5minit
"wa'alaikumussalam. kejap ye.." dengan pantas aku berlari anak menuruni anak-anak tangga.
"masuk la Husna" senyuman berseri menghiasi wajah kala itu.
"jom kita naik atas."
"malam ni buat subjek apa husna?"
"malam ni mama suruh buat science dan english"
english???alamak aku ni dah la tnggang langgang grammer camne nak ajar english pulak ni. jiwa kacau seketika. tapi hati mampu reda sikit sebab kami bincang science terlebih dahulu. sengaja aku lambat-lambatkan penerangan huhuhu teruk ke saya ini???
nasib baik la malam ni just check essei and ayat-ayat pendek berdasarkan gambar yang diberi sahaja...

jam handphone menunjukkan 21.58. husna terpaksa balik kerana waktu habis tuisyen pukul 10.
aku kagum dengan personaliti yang dimilikinya walaupun baru 12tahun tapi bijak berbicara.

lepas hantar husna dengan mata(rumah dia sebelah je) aku terus ke dapur tolong kak dayah buat kek tuk jualan kami(huhuhu nak tambah duit poket). bersungguh-sungguh dia menyiapkan kek kami tu(tak tahu nak letak nama apa). akhirnya siap juga kek yang sangat comel itu.

lepas tu kami solat isya' berjemaah(2 orang je huhuhu).sejurus selepas itu 2 orang lagi sahabat balik dari ziarah mad'u tersayang(subhanallah...).

kringgg....kringg....kringgg...
"hello."
"hello nad awak de kat rumah ke? kitaorang semua satu unser akan tidur di rumah kita"kedengaran suara comel kak az dihujung talian
"ye ke? datang la. budak-budak UK ek?"
"a'aa..UK and Ireland"
tup..tup..talian dimatikan.aku cepat-cepat menghebohkan kepada sahabat-sahabat yang ada tika itu.

kemas-kemas tempat tidur untuk diorang. aku terfikir nak hidang apa kat tetamu istimewa ini. tiba-tiba teringat kek comel yang baru je siap tadi. memang rezeki diorang la dapat merasai kek yang sedap tu..ada la juga hidangan untuk disajikan. lagipun waktu tu dah lewat sangat hampir pukul 12 mlm dah pun.
semua sibuk bersalaman dan berkanalan

"tak pernah nampak pun sebelum ni?"
"ohh memang pun saya tak pergi program hari tu. saya balik kampung"
"patut la.."

borak-borak semua naik atas dan tidur lena kepenatan agaknya tadi. aku pula baru sahaja cakap kat aisyah nak tidur awal la malam ni memandangkan setipa malam tidur lewat dan tak sempat tahajjud..SIAPA YANG BERIMAN DENGAN ALLAH DAN HARI KIAMAT, HENDAKLAH DIA MEMULIAKAN TETAMU NYA....ingat kembali peringatan dari ustaz. so tidur agak lewat juga malam ini.

bila dah terlajak dari waktu tidur yang biasa susah dah nak ngantuk. layan la ym kejap(lama jugak la). aku kena paksa tidur juga tak boleh layan.akhirnya aku terlelap dalam pukul 2.30pg huhuhu...

Wednesday, July 9, 2008

adik-adikku...rindunyer

semalam aku baru je ziarah adik-adikku kat nilai huhu..
first time pergi jumpa diorang time diorang
baru je habis orientasi week.time tue hanya Allah sahaja yang tahu kerana segalanya tidak dirancang (tapi sebenarnya telah dirancang oleh Allah awal-awal lagi). aku sebenarnya akan ke shah alam pada malam itu dengan sahabatku aisyah tapi last minit kereta tak cukup kitaorang terpaksa ikut sahabat-sahabat lain ke nilai.
"suma sahabat-sahabat perbetulkan niat ye..." tiba-tiba je seorang sahabat lain memberi peringatan kerana melihat keadaan kami yang sangat gembira sebelum memulakan perjalanan ke nilai. alhamdulillah ada lagi sahabat yang sering memberi peringatan ketika ini(akhir zaman).
kuda Allah(kereta) kami meluncur laju ke destinasi dengan niat untuk meneruskan risalah Rasulullah dan semoga agama Allah terus tertegak di muka bumi ini. walaupun Allah dah janjikan kemenangan itu pasti tapi kalau kita tak berusaha sampai bila kita akan mengecapi kemenangan itu?
dalam perancangan yang dibuat hanya 3orang adik-adik yang akan kami jumpa. tapi adik-adik tu ada la cakap yang maybe diorang akan ajak kawan-kawan juga. aku just imagine dalam 10 orang je la yang akan jumpa malam ni..sesampai je disana mendapat arahan baru iaitu kena wat direct-selling pulak..tapi kali ini tidak stress macam kat shah alam.
"yang penting ta'arif; supaya doirang tahu apa yang kita nak bawa" itulah ayat yang insyaallah akan aku ingat sampai bila-bila. first time wat direct-selling tak buat ta'arif yang betul tapi selepas ini akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan ta'arif. tentera-tentera telah dibahagikan kepada 3kumpulan. kumpulan ini hanya pergi satu blok sahaja maka satu kumpulan satu aras. satu aras ada 4rumah, setiap rumah ada 5orang maka satu aras akan dapat 10orang paling kurang dicampur dengan 4aras lagi jadilah 40 orang yang akan datang..

"assalamualaikum..."
"bleh masuk" dengan senyuman yang berseri2
"tengah buat ape tu?"
"akak nak bagitahu yang lepas maghrib ni ada tazkirah sikit kat surau dengan senior2. senior dari oversea pun ada. ada sharing session and bleh la tanya ape2 nanti." mempromote dengan habis-habisan lah...

inilah antara dialog semasa buat direct-selling kat nilai tu hehehe...
sampai la habis 4rumah aku pergi. habis je tugasan masing-masing kena kembali ke main base(surau). mula-mula time solat maghrib ada dua saff je..kira cukuplah makanan yang kami bawa tu..kuasa Allah selepas itu berduyun-duyun adik-adik datang sampai mencecah 60 orang..subhanallah ada lagi adik-adik yang inginkan kebaikan ini.

time sesi bermula akak dari oversea yang menyampaikan tazkirahnya...adik-adik nie dengar dengan kusyuknya walaupun keadaan agak sempit waktu tu. maklumlah surau blok yang kecik dengan 60 orang memeng sempitlah..tapi itulah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..
di akhir sesi akak tu buat pengumuman yang selepas isya' siapa yang nak usrah boleh tunggu. selepas isya' takde sorang pun adik-adik yang balik..ya Allah murninya hati adik-adik ini..selepas itu kami bentuk adik-adik dalam kumpulan. oleh kerana kakak-kakak yang ada time tu 6 orang maka dapatlah 6kumpulan setiap group ada 10 adik-adik...

dalam group tu ta'aruf sikit-sikit dan cerita pengalaman camna boleh terjebak dengan tarbiyah ni.pastu da bawakan sedikit analogi supaya adik-adik ni nampak apa yang kita nak sampaikan..
"pernah dengar tak cerita pasal katak rebus?" saya memulakan dengan soalan ini. semua menggeleng kepala dan tak kurang juga yang membuat muka hairan. aku tersenyum dalam diri..
"tahu tak kita sekarang ni ibarat katak rebus!!akak tak tipu...ada sapa-sapa yang boleh tolong cerita?" tunggu punya tunggu takde seorang pun yang nak buka mulut. maybe malu lagi kot. ala biasa la budak melayu kan glamour dengan sikap pendiam and malas bertanya ni(sama la dgn orang yang tulis ni pun hehehe...)
lepas tue aku pun mula bercerita dengan semangatnya supaya adik-adik ni faham..nampak la muka diorang yang dah faham dansemakin open dan tak malu sangat macam awal-awal tadi..banyak juga la yang aku ceritakan pada malam tue tapi tak tahulah diorang lagi faham ataupun lagi pening dengan cerita aku tu. tapi yang penting aku dah pun sampaikan apa yang sepatutnya disampaikan...lastly tayang video akhawat2 time berprogram di m'sia dan oversea. adik-adik lagi bertambah semangat nampaknya..kakak samuanya tersenyum penuh makna.dalam hati hny alhamdulillah yang terucap..

dalam perjalan balik rumah hp masing-masing asyik berbunyi je..
"dapat msg dari adik-adik la!!" hanya Allah yang tahu betapa gumbiranya hati ini dengan kehadiran msg dari adik-adik yang suci bersih ini...mahu rasanya menjerit kakak sayang adik2!!!!
sampai di rumah dah pukul 12 lebih..macam-macam rasa ada..syukur, gembira, penat, pening kepala, terharu dan macam-macam la huhuhu...

ditakdirkan Allah selepas itu aku terpaksa balik kampung menjaga adik-adik sendiri pulak dirumah. emak akan berlepas ke sabah untuk ziarah kakak yang dah setahun tak bersua muka. aku sedih terpaksa berpisha dengan adik-adik yamg baru je kenal yang ukhuwahny baru je berbunga. aku ingin ia menjadi subur dan mekar ermmm..
balik rumah merupakan ujian yang hebat untukku. dah tak boleh attend khatibah. duduk sorang-sorang kat rumah tak tahu nak buat dakwah cmna huhuhuk sedihnya..
3minggu kat rumah yang sangat menyiksa batinku..aku seperti menzalimi diri sendiri..jika sebelum ini setiap minggu ada ja program yang akan menguatkan diri tapi kat rumah dah tak ada..

balik je sini rindu sangat dengan adik-adik ni..muka diorang pun dah tak ingat.. sedih sangat..
sekarang ni nak jumpa diorang pun susah..semuanya tengah busy buat asgnment, lab report, tutorial...

dah pergi semalam rasa best sangat dapat jumpa mereka..semoga ukhwah ini berpanjangan bukan didunia sahaja tapi hingga ke akhirat..

tabah dan sabarlah
berjuang
di sekolah kehidupan
sesungguhnya di sana
ada rehat yang panjang
indah dan kekal


akak mahu apa yang akak faham adik pun faham
akak mahu apa yang akak tahu adik pun tahu
akak mahu apa yang akak pelajari adik pun pelajari
akak mahu apa yang akak dapat adik pun dapat


akak mahu kita sama-sama berjalan seiringan menuju syurga Ilahi...

Monday, July 7, 2008

ermmm

Dah beberapa hari jari ini tidak menulis dan banyak peristiwa yang mengoncangkan hati...sekarang ini menulis merupakan perkara yang perlu dilakukan setiap hari untukku meluahkan segalanya(baru beberapa bulan belakangan ini sahaja..)
Dulu-dulu aku suka juga menulis sehingga mampu menghasilkan sebuah novel tapi disebabkan insiden yang tak dingini aku buang begitu sahaja cerita itu. biarlah apa yang dah berlaku biarkan berlaku jangan diungkitkan lagi kisah lama itu..
Sejak dari peristiwa itu aku sudah pencen dari menulis...tapi bila nak tulis balik jadi kekok dan selalu je mati akal.ayat tunggang-langgang dan terputus-putus ibarat jalan yang banyak lopak dan bonggol(mcm jln ke fateh hehehe)...
kini usia dah menjangkau angka 20an...banyak kenangan-kenangan yang tak boleh dilupakan dalam proses mencari diri. pernah aku membuat konlusi bahawa di usia 15tahun merupakan satu peringkat perubahan pada diri setiap individu, jika jalan yang dipilih betul maka akan selamatlah ia dewasa kelak, jika jalan yang dipilih adalah salah maka akan terpesonglah ia dewasa kelak. tapi betulakah begitu??wallahualam..tapi itulah yang berlaku pada diriku dulu.
ingat lagi ketika di tingkatan 5Sc1 cikgu zaiton berpesan bahawa kami semua perlu bersiap siaga untuk menamatkan perlumbaan pertama ini dengan jayanya iaitu untuk menghadapi SPM dan selepas itu kami semua akan meneruskan dengan perlumbaan kedua yang cabarannya lagi hebat. terpaksa membuat pilihan yang penting dalam hidup iaitu nak pilih U mana and cos apa. itulah pemikiran yang ditanamkan ke dalam diri setiap pelajar. benda yang dirasakan paling penting adalah belajar, belajar...exam,exam...itu jer...
bukankah semuanya itu merupakan salah satu bentuk rezeki daripada Allah yang mana hal tentang rezeki ini hanya Allah sahaja yang tahu. tapi kita sekarang ini sibuk risau malah takut lagi.takut dapat cos lelong and than tak dapat kerja yang bagus, gaji sikit nak bagi makan camna kat family..itulah kata-kata yang selalu singgah di gegendang ini. inilah product hasil daripada semua perancangan licik musuh-musuh Allah laknatullah. mereka menjauhkan kita dari al-quran yang seharusnya menjadi panduan hidup seorang muslim. apabila sudah jauh dari kitabullah maka apa yang hendak disampaikan Allah kepada kita tidak akan sampai. malah apa yang sampai kepada kita adalah sesuatu yang bertentangan dengan suruhanNya..ianya samalah dengan peristiwa yang kita lihat sendiri dengan peristiwa yang kita dengar dari orang lain. cerita itu dah tak sama dengan adanya tokok tambah dan macam-macam lagi...itulah yang terjadi kepada kita sekarang...

APA YANG PERLU FAHAM TAK FAHAM, APA YANG PERLU TAHU TAK TAHU, APA YANG PERLU BELAJAR TAK BELAJAR, APA YANG PERLU HAFAL TAK HAFAL, APA YANG PERLU TENGOK TAK TENGOK, APA YANG PERLU BACA TAK BACA, APA YANG PERLU DIBUAT TAK BUAT...

sedar tak apa yang kita buat selama ini adalah benda yang tak perlu buat semuanya adalah sia-sia belaka...

akhirnya lahirlah generasi-generasi yang sia-sia =(
siapa generasi yang sia-sia???
kitalah...
bukan!!!!!tidak!!!!!
tepuk dada tanyalah iman...

bukalah surat cinta Allah

Saturday, July 5, 2008

Bangunlah!!!!

Aku masih disini menghitung hari,
menghitung detik-detik yang terus meninggalkan aku,
Sedangkan masa begitu pantas berlari,
tapi aku masih disini…
masih dengan angan-angan, keazaman dan keinginanku,
tanpa melakukan sebarang tindakan
sampai bila??sampai bila wahai diri??
Engkau lihatlah saudaramu diluar sana,
Bagaimana kehidupan mereka seharian,
Bagaimana pergaulan mereka,
Lihat juga bagaimana masa mereka dihabiskan,
Engkau tahu semuanya ini..
Segla-galanya engkau arif..tetapi sedarlah bahawa
ALLAH tidak anugerahkan kelebihan kepadamu dengan sia-sia sahaja
Tetapi disitu terkandung tanggungjawab yang besar untukmu,
Sampai bila harus menunggu dan terus menunggu??
Bergeraklah wahai diri!!
Buatlah sesuatu yang boleh menyedarkan sudaramu,
Buatlah sesuatu yang boleh menyedarkan mereka,
Buatlah sesuatu yang boleh menggegarkan seluruh iman dan jasad mereka,
Engkau tidak boleh mencipta seribu satu alasan,
Tetapi yang engkau boleh ciptakan ialah peluang untuk diperbuat,
Ingat kembali seruan Robbul Jalil
“ bangunlah wahai orang yang berselimut!!!”
Bangunlah wahai pemuda-pemudi!!
Katakanlah yang haq itu haq,
Dan yang batil itu batil,
Tiada pilihan ketiga untuk kita..
Untuk bangun atau terus berselimut,

Tuesday, June 10, 2008

permainan jahilyyah



assalamualaikum wrt...

kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!


"wahai orang yang berselimut!. bangunlah, lalu berilah peringatan!. dan agungkanlah Tuhanmu. dan bersihkanlah pakaianmu. dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji."

(al-muddassir:1-5)

kisah CAWAN

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.


Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

WAllahu a'lam..


“Ya Tuhanku! Segala kepujian terpulang kepada-Mu, Engkaulah cahaya
yang menerangi langit dan bumi dan segala penduduknya. Segala kepujian
terpulang kepada-Mu, Engkaulah Pentadbir langit dan bumi dan segala
penduduknya. Segala kepujian terpulang kepada-Mu, Engkaulah Tuhan
yang sebenar dan segala janji-Mu adalah benar, segala firman-Mu adalah
benar, pertemuan denganMu di Hari Akhirat adalah benar, balasan Syunga
adalah benar, balasan Neraka adalah benar, seluruh nabi-nabi adalah
benar, Muhammad adalah benar dan Hari Qiamat adalah benar. Ya
Tuhanku! Kepada-Mu aku benserah dan kepada-Mu-aku beriman, kepada-
Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku kembali, dengan pertolonganMu
aku berlawan dan kepadaMu aku berhakim. Dan ampunkan segala dosaku
yang telah lepas dan segala dosaku yang kemudian, ampun-kan segala
dosa yang ku lakukannya secara sulit dan segala dosa yang ku lakukan
secara terang-terangan. Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang layak
disembah melainkan Engkau, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan
pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.”

Monday, June 9, 2008

the road not taken



dalam hidup ini Allah hanya memberi dua jalan kepada kita iaitu jalan kebenaran atau jalan kefasikan...


terpulanglah kita hendak memilih jalan mane..saya ingat lagi subjek literature dulu yang tajuknya Tha Road Not taken..time tue saya rasa wahh susahnya nak pilih jalan mane yang nak ambil tuk teruskan hidup. jika jalan yang dipilih adalah jalan yang salah kita tidak boleh berpatah balik untuk memulakan kembali dari awal..dalam poem tue juga saya belajar jalan yang penuh duri dan semak itu adalah yang terbaik..


sedihnya kepada diri yang terlalu leka dan tidak sedar sebenarnya poem yang lagi indah terdapat dalam 'surat cinta' Maha Pencipta tajuknya As-Syams...diajarNya kita mana satu jalan yang harus dipilih. di dalam 'surat cinta' itu juga telah diterangkan dengan detailnya bagaimana untuk menjadi hamba dan khalifah di bumi ini.


hebatnya kita sekaligus menjadi hamba kepada Allah dan khalifah kepada bumi ini. hebat bukan???


tiada hebatnya jika kita tak sedar ini semua...carilah, carilah, dan teruslah mencari..dalam 'surat cinta' Allah....

Tiga Kelemahan Umat Islam..sedarlah!!!!!





pakcik yg dalam gambar tu adalah bekas menteri pertahanan Israel..namanya MOSHE DAYAN. die telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai tiga kelemahan umat islam iaitu tidak mengkaji sejarah islam, tidak mengatur strategi dengan teliti dan MALAS



Lepas je die keluar kenyataan dalam berita pasal kelemahan umat Islam, menteri2 Israel terus marah dia. kenapa menteri-menteri israel marah??


kerana..mereka fikir apabila orang Islam dah tahu kelemahan yang tidak disedari sebelum ini orang islam akan mengatasi setiap kelemahan yang ada itu..


nak tau apa yg pkck moshe ni jawab??
ala...jgn la risau org Islam ni bukannya rajin membaca kalau ada yg baca pun mesti buat tak endah je...



memenag betul apa yg dikatakan oleh pkck moshe itu. kenapa saya boleh mengiakan??
kerana kenyataan itu sudah berpuluh2 tahun dikeluarkan tetapi baru sekarang saya tahu..
mmg itulah hakikat kita ummat Islam skrg..
sampai bila kita mahu terus diperbodohkan oleh musuh2 kita yg merancang pelbagai cara untuk meruntuhkan kita. tetapi kita masih lagi terus hanyut dengan tipu daya yang dirancang dengan telitinya oleh mereka
bangunlah wahai saudara2ku walau di mana pun anda berada.

lakukan sesuatu untuk Islam..

Adakah Kau Lupa???


ADAKAH KAU LUPA???

Adakah kau lupa...

Kita pernah berjaya

Adakah kau lupa

Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia

Menrentas benua melayar samudera

Keimanan juga ketaqwaan

Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa

Kita bina kekuatan jiwa

Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam

Membawa arus perubahan

Keikhlasan hati dan nurani

Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita

Budaya Islam di serata dunia

Membina tamadun berjaya

Merubah mengangkat maruah

Friday, May 2, 2008

ta'aruf..

assalamualaikum..
ahlan wasahlan kepada sesiape yg sudi menjenguk ke blog sy nie..
sbg pembuka bicara nie moleklah kt berkenalan dlu kan..
nama sy ni byk sgt tp yg pasti rmai yg pgl kilah je..
lps je mtrik alhamdulillah dpt sambung kat UK of malaysia..

kenapa ya saya letak nama blog nie ghurobaa...
sebenarnya maksud ghurobaa itu adalah orang asing..
ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang Islam datang dalam keadaan asing(dagang) dan akan kembali dalam keadaan asing(dagang).

teringin sangat jadi orang yang asing itu di zaman ini..