Wednesday, August 11, 2010

BAHAIA!!!1



bismillah...
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

afwan jiddan sudah lama x update blog nie..
masuk je tgk dah bersarang dah segala serawang and mcm2 habuk terlekat..
kena mop, lap, sapu and polish. kira mlm nie I jadi makcik cleaner la hehehe..

apa khabar sahabat di luar sane??harapnya iman dan tubuh badan masih utuh dah kukuh insyaAllah...

ermm..dan satu benda yang tak lupa nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kareem..marilah sama2 kita meraikan ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah dan zikir kepada Allah..

bahagiakan??
apa yang bahagianya tu cik adik..?ermm..bahagia sambut bulan penuh barokah nie..rasa lain sgt bangun pagi tadi..rasa bersemangat..segar..penuh barokah..alhamdulillah masih dapat merasa ramadhan tahun ini..

jadi untuk apa dipergunakan rezeki ini??
i'allah macam2 azam dah diatur cuma perlu laksanakan je..harapnya dapat buat la segala azam2 saya tue..tak semua, sikit pun jadi la..



satu benda lagi nak ucap tahniah juga pada sahabat2 saya yang dah selamat konvo sehari lepas.
huhu terharu tengok mereke semuanya eppy...
i'allah tahun hadapan saye puleee....doakan ye..

Tuesday, April 27, 2010

perubahan hati..

Titik tolak awal kita adalah dari dalam. Luaran hanya pengikut, patuh dan ‘islam’ dengan kehendak dalaman.
Oleh itu mereka yang tidak memahami ‘kaedah’ ini akan terumbang ambing dan terkagum dengan perubahan luaran yang berlaku. Tetapi tiba waktunya akan ter’kejut beruk’ dengan suatu yang tidak disangka-sangka sebaliknya berlaku.
Allah telah menceritakan sunnahNya ini di dalam kitab pedoman kita di jalan ini:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11)

Apa yang ada di dalam diri?
Ianya adalah hati, perasaan, sikap, pandangan, tasawwur, diri atau katakanlah apa sahaja. Yang penting ianya bukan tangan, kaki, mulut, hidung, mata atau apa sahaja anggota zahir. Anggota zahir hanya mengikut kehendak hati dan perasaan. Oleh itu bila seseorang manusia telah berjaya mengubah hati manusia, maka ia telah berjaya mengubah manusia itu.

Ar-Rasul saw juga telah memaksa kita untuk memahami hal ini.
Ertinya:
Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah. Apabila ia baik , maka akan baiklah seluruh jasad. Apabila ianya rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah.. ia adalah hati.

Usaha awal ar-Rasul saw telah membuktikan hal ini. Fokus Rasul saw bukan pada meruntuhkan berhala batu dan kayu yang disembah oleh orang Quraisy. Berhala-berhala itu adalah dibina oleh tangan-tangan setelah di’suruh’ oleh hati-hati yang sesat dan tidak mengenali tuhan yang benar. Dan tangan-tangan itu tidak bersalah kerana ia menurut perintah ‘tuannya’.
Oleh itu, jika berhala yang diruntuhkan, manusia-manusia berhati ‘syirik’ itu akan membina berhala-berhala lain samada kayu, batu, besi, wanita, pangkat, duit dan lain-lain.

oleh itu kita janganlah asyik hendak menghukum orang itu tak pakai tudung..orang nie salah..kita yang harus membimbing mereka ke arah syariatullah..

Tuesday, April 6, 2010

Wednesday, February 3, 2010