Thursday, October 30, 2008

kisah dua bidadari



bertanya pada sang bidadari berwajah manusia...

"wahai kakakku, kanapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

lalu berbicara si bidadari berwajah manusia...

"wahai adikku. bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. tetapi disitulah wahai adikku kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. tangis sendunya wanita itu wahai adikku bisa meleburkan ego seorang lelaki...menjadi "izzah" yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata."

si adik tidak berpuas hati. lalu dipertikaikan lagi...

"namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"pernahkah dengar akan pesanan Ilahi pada hambaNya? wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud: wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. lantas cuba asik nilai kepada siapakah terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?pada hamba yang bergelar ar-rijal. kerana andai, sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin akan terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. dan tidak Allah lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. sesungguhnya para wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali kepada para suami mereka sahaja. dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. namun...wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya!!bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!!sesungguhnya wanita yang beriman yang selohah itu lebih baik dari ribuan lelaki soleh."

"tetapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?tidakkah mereka merasa malu??"

sang bidadari berwajah manusia menguntum senyum penuh makna. adus!!semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini...

"wahai adikku sayang..al-haya'(malu) itu dalam diri setiap insan. wujudnya seiring dengan nafas insani. dan al-haya' itulah pakaian iman. pada diri wanita itu, indah al-haya' sebagai pembenteng diri. namun bilamana al-haya'nya lebur, imannya runtuh. kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?kerana mereka sebenarnya paranoid. merasakan diri tidak cukup menarik...merasakan belum cukup lagi dunia melihat mereka. mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. namun adikku...wanita solehah itu pasti dapat melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."

"wahai adikku di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. maka demikianlah adikku menilai mereka. tetapi perlu juga dilihat pada hatinya..pada akhlaknya..

dizaman ini tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. namun adikku...jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu..kerana didalam hati mereka, tetap ada permata yang indah...perasaan cinta pada Allah...kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. adikku mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak Allah. cuma kadang-kadang term solehah itu terasa berat di bahu mereka...kadang mereka takut pada persepsi wara' dan alim. sedangkan itu cumalah persepsi. hakikatnya wara' itu bermaksud menjaga.

maka sesiapa ahaja yang menjaga adalah wara'. alim itu maksudnya mengetahui. barabgsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada 'stage' yang lebih baik. kerana begitulah persepsi masyarakat. sedangkan mereka alpa...Allah tidak menjadikan makhluk ciptaanNya ini tanpa tujuan dan garis panduan.Allah tidak zalim kepada ciptaanNya. bila mana Dia menciptakan Hawa itu dari rusuk Adam...Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini...ditinggikan martabat golongan Hawa ini...tapi sayang...golongan Hawa ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang Allah jadikan penuh kemuliaan...

wahai adikku...1001 keindahan penciptaan wanita

pandai-pandailah kau menilai..antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

wahai adikku...wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..tapi epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. susah dipetik, susah digapai. terkadang ia risau, kenapalah diriku belum dipetik. lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. sebenarnya...epal itu terlalu tinggi...elok sifatnya...sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya...mungkin bukan di dunia..asalkan cinta Ilahi mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia bukan??
tapi lebih bermakna bila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayangiNya untuk memetik di taman akhirat kelak."

adik terpaku sendiri...tergamam tiada sepatah kata terpancul dari bibir manis itu...diam...diam dalam ta'jub mendengar kisah sang bidadari berwajah manusia itu..

sang bidadari lalu bangkit. bicaranya sudah berakhir buat masa ini. pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. wahai adikku..sungguh tulus bersih jiwamu. benarlah kata Allah s.w.t, kamu kanak-kanak adalah penghuni syurga!!

alangkah bertuah dirimu adik..
dan aku???hanya bidadari berwajah manusia...berhakkah menjadi bidadari syurga??
wallahu'alam.

No comments: