Friday, November 14, 2008

hari yang indah ^_^

alhamdulillah tengah hari tadi tamatlah sudah exam untuk sem ini =))..penamat yang agak menggembirakan kerana banyak soalan yang ditanya sudah ku hafal(hafal 1jam sblum exam hehehe)
pulang ke rumah dengan penuh kesyukuran..walaupun baca last minit tetapi Allah masih mengizinkan saya menjawab dengan baik..terima kasih Allah!!

balik rumah sempat merebahkan tubuh di tengah ruang tamu dengan kipas yang berpusing ligat di atas kepala..otak menerawang memikirkan apa yang perlu dibuat hari ini..selepas ini..sebelum nie asyik terkurung membaca buku-buku akedemik untuk exam sahaja..teringat ayat dari surah al-insyirah "maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain pula).."

semangat-semangat!!ayuh bekerja dengan lebih kuat lagi..

tiba-tiba teringat la pulak yang semalam aku janji nak masak special tuk k.zur hehehe..
nak masak apa ye(pikir-pikir)...ermm masak tom yam je la rini..lagi pun syah da exam ptg nie kena masak cepat-cepat..tp sebelum masak tu sempat pun lagi tidoq dalam 15minit kot hehehe..
sume orang dalam rumah pun perasan dengan keceriaan aku pada hari ini..nampak sangat yang hari-hari sebelum ni asyik tension je huhuhu..

"specialnye hari nie??sempena sambut naz habes exam ke?"
hehehe aku hanya tersenyum penuh makna..ye jugak tp niat asal sebab dah janji ngn k.zur semalam.tapi kira boleh jugak la...

habes je makan aku terus ke driving class, my 1st class..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
mula dari naik bukit, parking hingga 3t semuanya berjaya dibuat..

balik je rumah kakak2 ku sayang menyambut dgn penuh mesra..walaupun aku dah basah kuyup time tue..hujan lebat sangat terpaksa balik jugak sebab dah nak maghrib pun..

yang bestnya mlm nie lepas mghrib bersama-sama, kitorg ulas ttg buku akhlak seorang muslim..terasa sangat bila part puasa itu merupakan pra-syarat kepada taqwa..dan taqwa itu adalah pra-syarat untuk mendapat kesempurnaan solat,,pentingnya taqwa..
senangkah untuk mendapat taqwa??
layakkah mendapat taqwa??

baru je bincang pendahuluan..sentuh ttg solat, puasa dan zakat..dengar macam boring je sebab nie adalah rukun iman yang kita dok hafal ada 6 tue..

tp apa yang penting???eje..ame..(nie loghat isya ank sedara saya)

takde la yang tadi tue iklan je ehh..yang penting disini ialah bukan hafal macam kat sekolah tue..yang tue ibarat tin kosong je pun..dengar hafal je lebih tapi bila suruh terangkan tak reti pun..
ktorg bincang hakikat kenapa kita disuruh solat, puasa, zakat, haji dan syahadah??
kalau kita tak tahu kenapa dan mengapa kita buat suma rukun iman nie..mmg kita takkan merasai manisnya melaksanakannya..

macamtu la juga kenapa ramai yang lebih suka buat yoga..krn mereka mengatakan mendapat ketenangan dan kesihatan yang baik,,bagaimana dengan solat kita??
Allah dah sebut pun sejak 1400 tahun yang lalu bahawa solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..nampak tak yang kuasa solat itu lebih hebat dari senaman2 lain..solat bukan sahaja mampu memberi kesihatan yang baik malah membentuk akhlak kita secara langsung..
tapi sayangnya kita kini sudah tidak faham ini semua...ermm kita sebagai mangsa keadaankah???

namun ku bersyukur sangat pada hari ini..pelbagai nikmat yang Allah kurniakan kepada daku, namun terasa seperti tidak layak untuk menerima kesemua nikmat-nikmat ini..

4 comments:

Anonymous said...

Invitation

insan yang mencari redha Allah said...

sorry..invitation 4 what?

Anonymous said...

an invitation

murni said...

subhanaAllah..terasa senang dan riang hati ini tatkala membaca entry2 shabtku ini(^_^)..
terubat rindu dihati..huhuhu
moga Allah sentiasa menyuluh kita menuju redhaNya,ameen~
::rindu2an mode la k kilah::=)