Saturday, July 5, 2008

Bangunlah!!!!

Aku masih disini menghitung hari,
menghitung detik-detik yang terus meninggalkan aku,
Sedangkan masa begitu pantas berlari,
tapi aku masih disini…
masih dengan angan-angan, keazaman dan keinginanku,
tanpa melakukan sebarang tindakan
sampai bila??sampai bila wahai diri??
Engkau lihatlah saudaramu diluar sana,
Bagaimana kehidupan mereka seharian,
Bagaimana pergaulan mereka,
Lihat juga bagaimana masa mereka dihabiskan,
Engkau tahu semuanya ini..
Segla-galanya engkau arif..tetapi sedarlah bahawa
ALLAH tidak anugerahkan kelebihan kepadamu dengan sia-sia sahaja
Tetapi disitu terkandung tanggungjawab yang besar untukmu,
Sampai bila harus menunggu dan terus menunggu??
Bergeraklah wahai diri!!
Buatlah sesuatu yang boleh menyedarkan sudaramu,
Buatlah sesuatu yang boleh menyedarkan mereka,
Buatlah sesuatu yang boleh menggegarkan seluruh iman dan jasad mereka,
Engkau tidak boleh mencipta seribu satu alasan,
Tetapi yang engkau boleh ciptakan ialah peluang untuk diperbuat,
Ingat kembali seruan Robbul Jalil
“ bangunlah wahai orang yang berselimut!!!”
Bangunlah wahai pemuda-pemudi!!
Katakanlah yang haq itu haq,
Dan yang batil itu batil,
Tiada pilihan ketiga untuk kita..
Untuk bangun atau terus berselimut,

No comments: