Thursday, April 30, 2009

A.K.U.D.I.R.I

aku: alahai diri..nape xngantuk lagi ni?
diri: tah la..segar bugar plak mlm nie...
aku: hahhaa aku tau diri dah xsabar nak bertolak esok pagi kan..kan..kan...
diri: ermm...betoi2.dah xsabar nie..
aku: i'allah aku mohon dengan kembara kali ini akan memberi bekal untuk menempuh kehidupan mendatang...kau tahu diri??sejak dua menjak nie..tarbiyah aku memang kelam kabut.huhuhu harapnya kembara ini memberi seribu makna...
diri: i'allah jika betul niatmu maka Tuhanmu akan memberikan apa yang kau mahu...
aku: diri..kau tolong jaga aku baek-baek ye..kita saling nasihat menasihati=))

~~~syahdu~~~

Sunday, April 26, 2009

tak tau la..baca sendiri..




salam dihulur pembuka bicara,



senyuman terukir membawa makna,



aku ini bukan siapa-siapa ,



hadir hanya untuk meluahkan rasa...






hahah angin pantunku telah datang tolong3x!!!hihihi..



nie lah hobi aku bila dah tensen2..dulu time kat sekolah pun aku slalu berbalas pantun 'bodoh' dgn gang2 aku kat bahiyah girls school huhu rindi..rindu..rindu..






sekarang nie dah 3paper lepas tinggal lagi 4paper menanti untuk bertarung hiyakkk!!!



ari rabu nie subjek killer aku rasa..aku je kot yg rasa ianya subjek killer sbb mmg blur semenjak masuk bab NMR..IR ok lagi tapi bila dah msuk NMR mmg la..masuk clss tapi otak ke tempat lain..






sabar nazirah sabar...iniah yang dinamakan student..



inilah hidup seorang student..anda mengaku anda seorang student??mestilah la..sy budak ukm hehhe...






klu dah ngaku seorang student, kenalah ada behavior seorang student..pegi clss..buat tutorial..buat asgmt dan masuk exm..






ermm..



"ya Allah tambahlah kepadaku ilmu"





p/s nak bunga yang mana satu??














Wednesday, April 15, 2009

salam alaikk...

lama sudah xupdate blog..tiada entry baru yang menjeguk ke page ini..
malam ini(dah pagi pun) teringin plak nak update..

saya bukan xnak update tapi banyak kekangan yang menjengah diri sekarang ni..masa yang ada xcukup dgn kerja yang ada..kadang2 tarbiyah diri menjadi kelam kabut..sibuk dengan urusan dunia..exm dah dekat sangat..lab report yang baru siap malam tadi..asgmnt yang baru present dan keluarga yang dah lama xketemu huhuhu rindunya familyku!!!

itulah dunia..dunia ini bukan tempat tuk berehat tapi tempat ntuk bekerja..yes tempat untuk bekerja..tapi kerja apa??
pernah x terfikir kenapa Allah ciptakan kita??maybe ada yang takut nak tanya soalan nie sebab takut jadi kufur..tapi memang kena fikir kerana org yang bijak adalah org yang sentiasa berfikir..
klu xnak fikir baik Allah xpayah ciptakan akal yang mantap!!

cuba jawap kenapa Allah ciptakan kita??

saje nak tambah stress org yg nak exm hehehe
rilex la baru exm dunia..camne ngn exm akhirat nnt??
exm kat padang mahsyar n titian sirat...wallahu'alam..
moga Allah meredhai kita semua...

klu nak masuk syurga=buatlah amalan ahli syurga
klu nak masuk neraka=buatlah amalan ahli neraka

tapi manusia sekarang nak masuk syurga hakikatnya amalannya adalah amalan ahli neraka..camne tu??

fikir-fikirlah sendiri...

Sunday, April 5, 2009

hehehe~~~



...video menceritakan segalanya...

Saturday, April 4, 2009

DIARI HATI...YO

…Saya tidak faham kenapa perasaan ini muncul dalam diri saya..saya juga tidak mengerti mengapa ia utuh bersemadi dalam hati saya..petang yg nyaman ini,entah angin apa yg membuai hari ini..membuatkan saya begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk awak yang saya tidak pernah kenali..

Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya kepada sesiapa..apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya dikhususkan untuk awak sebelum tiba masanya..ia menuntut sesuatu yg saya perlu jaga dengan rapi selama ini semata-mata untuk awak, itulah hati dan cinta saya….

Semenjak kecil saya dididik oleh ibu supaya menjaga maruah diri, kerana Allah menetapkannya hanya untuk diri awak suatu hari nanti. Kata ibu tanggungjawab ibu bapa kepada anak perempuan adalah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka.Jadi, awak sudah wujud dalam diri saya sejak dulu lagi..
Sepanjang umur saya ini, saya menutup pintu hati ini dari mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi awak. Saya menghalang diri daripada mengenali mana-mana lelaki apatah lagi memahami mereka, kerana saya tidak mahu mengenali dan memahami lelaki lain selain dari awak.

Kerana itulah saya sedaya upaya membatasi pergaulan saya dengan bukan mahram saya. Saya lebih suka berada di rumah daripada menghabiskan masa di luar, kerana ustazah pernah berpesan, rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan..saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki,bukanlah saya bersangka buruk kepada mereka,tetapi lebih baik saya berjaga-jaga…

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka,saya akan buat expressionless face dan cool,saya akan palingkan wajah daripada lelaki yang asyik merenung saya ataupun cuba menegur saya..saya seboleh-bolehnya akan melarikan pandangan daripada lelaki kerana pesan Saidatina Aisyah R.A “Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”..saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki.Biarlah saya hanya cantik di mata awak..Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik awak seorang..saya tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki,bahkan saya berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati….

Saya juga tidak mahu menjadi punca kegagalan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan..Bagaimana saya akan jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbangan saya kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Jika saya tidak mahu awak memandang perempuan lain, saya terlebih dahulu yg perlu menundukkan pandangan saya..Saya perlu memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi saya, kerana itulah yang dituntut Allah.Jika saya inginkan lelaki yang baik menjadi suami saya,saya juga perlu menjadi perempuan yang baik..Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yg baik itu untuk lelaki yg baik?..

Tidak saya nafikan sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi..Namun,setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya yang saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia adalah milik awak..Allah sudah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yg suci..Bukan hati yg menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yg tulen,bukan yg sudah dibahagi-bahagikan…

Tetapi satu ketika saya diuji oleh Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan saya..Saya secara keras menolak..Pelbagai alasan saya berikan..Tetapi dia tidak mahu mengalah..Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ,Dia sentiasa menghubungi dan menggangu saya,saya berasa amat tidak tenteram,seolah-olah seluruh hidup saya yang ceria selama ini sudah dirampas daripada saya..
Saya beristigfar memohon keampunan Ilahi..Saya juga berdoa supaya Allah melindungi diri saya daripada sebarang kejahatan..

Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan awak..saya dapat rasakan awak seolah-olah wujud bersama saya..Di mana sahaja saya berada, akal sedar saya membuat perhitungan dengan awak..Saya tahu lelaki itu bukannya awak..Malah saya begitu yakin pada gerak hati saya..yang mengatakan lelaki itu bukannya awak…yang tidak pernah saya kenali…
Saya bukanlah seorang gadis yg cerewet dlm memilih pasangan hidup..Siapalah diri ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi saya juga mempunyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga…memimpin saya kearah tuju yg satu…

Awak tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkan saya terpikat..Andainya awak adalah jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz,Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dlm hati saya, juga dalam hati awak apabila kali pertama kita berpandangan..Itu janji Allah..

p/s: jiwang x??
ermm...lain padang lain belalang,
lain org lain impressionnya..

bagi saya xperlulah nak pikir2 lagikn??sapa suruh peningkan kepala yang ok tue..
kan Allah dah janji setiap org ada pasangannya...

so...wait n see =))

Friday, April 3, 2009

tolong DAKU..




ya Allah kini ku terasa sangat2 diuji olehMU..
ku mohon jangan sampai aku tidak redha terhadap takdirMu ini..
ku tahu..ujian ini adalah sesuatu yang aku sanggup menghadapinya..
ku mohon ya Allah kuatkanlah daku..
kuatkan imanku..
kuatkan semangatku..
kuatkan daku untuk bangun bermunajat kepadaMU di sepertiga malam...

kumohon..kurayu..kutagih kasih dan cintaMU Tuhan...

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"(al-baqarah:216)

"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang padamu(DUGAAN)..."

"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak DIUJI???"

"ALLAH tidak MEMBEBANI seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. dia mendapat pahala(dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya.
"ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
ya Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami.
Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(al-baqarah:284-286)


Kau(Allah) yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

"wahai manusia!!sungguh telah datang kepadamu pelajaran(al-quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman"(yunus:57)

ermm...wahai sahabat-sahabatku sekalian...setiap kali kita mengalami masalah dan ujian-ujian dalam hidup baru terasa Allah itu dekat dengan kita..tapi jika tiada apa-apa angin yang melanda diri..adakah kita selalu mengingatiNya???

lihat bagaimana DIA menciptakan kita dan menyediakan al-quran sebagai "manual" hidup kita..
jika resah bacalah al-quran kerana DIA kata "sesungguhnya al-quran itu penyebuh bagi penyakit yang ada dalam dada"...

inilah terapi plg berkesan telah saya temui...
anda pula bagaimana???