Wednesday, July 9, 2008

adik-adikku...rindunyer

semalam aku baru je ziarah adik-adikku kat nilai huhu..
first time pergi jumpa diorang time diorang
baru je habis orientasi week.time tue hanya Allah sahaja yang tahu kerana segalanya tidak dirancang (tapi sebenarnya telah dirancang oleh Allah awal-awal lagi). aku sebenarnya akan ke shah alam pada malam itu dengan sahabatku aisyah tapi last minit kereta tak cukup kitaorang terpaksa ikut sahabat-sahabat lain ke nilai.
"suma sahabat-sahabat perbetulkan niat ye..." tiba-tiba je seorang sahabat lain memberi peringatan kerana melihat keadaan kami yang sangat gembira sebelum memulakan perjalanan ke nilai. alhamdulillah ada lagi sahabat yang sering memberi peringatan ketika ini(akhir zaman).
kuda Allah(kereta) kami meluncur laju ke destinasi dengan niat untuk meneruskan risalah Rasulullah dan semoga agama Allah terus tertegak di muka bumi ini. walaupun Allah dah janjikan kemenangan itu pasti tapi kalau kita tak berusaha sampai bila kita akan mengecapi kemenangan itu?
dalam perancangan yang dibuat hanya 3orang adik-adik yang akan kami jumpa. tapi adik-adik tu ada la cakap yang maybe diorang akan ajak kawan-kawan juga. aku just imagine dalam 10 orang je la yang akan jumpa malam ni..sesampai je disana mendapat arahan baru iaitu kena wat direct-selling pulak..tapi kali ini tidak stress macam kat shah alam.
"yang penting ta'arif; supaya doirang tahu apa yang kita nak bawa" itulah ayat yang insyaallah akan aku ingat sampai bila-bila. first time wat direct-selling tak buat ta'arif yang betul tapi selepas ini akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan ta'arif. tentera-tentera telah dibahagikan kepada 3kumpulan. kumpulan ini hanya pergi satu blok sahaja maka satu kumpulan satu aras. satu aras ada 4rumah, setiap rumah ada 5orang maka satu aras akan dapat 10orang paling kurang dicampur dengan 4aras lagi jadilah 40 orang yang akan datang..

"assalamualaikum..."
"bleh masuk" dengan senyuman yang berseri2
"tengah buat ape tu?"
"akak nak bagitahu yang lepas maghrib ni ada tazkirah sikit kat surau dengan senior2. senior dari oversea pun ada. ada sharing session and bleh la tanya ape2 nanti." mempromote dengan habis-habisan lah...

inilah antara dialog semasa buat direct-selling kat nilai tu hehehe...
sampai la habis 4rumah aku pergi. habis je tugasan masing-masing kena kembali ke main base(surau). mula-mula time solat maghrib ada dua saff je..kira cukuplah makanan yang kami bawa tu..kuasa Allah selepas itu berduyun-duyun adik-adik datang sampai mencecah 60 orang..subhanallah ada lagi adik-adik yang inginkan kebaikan ini.

time sesi bermula akak dari oversea yang menyampaikan tazkirahnya...adik-adik nie dengar dengan kusyuknya walaupun keadaan agak sempit waktu tu. maklumlah surau blok yang kecik dengan 60 orang memeng sempitlah..tapi itulah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..
di akhir sesi akak tu buat pengumuman yang selepas isya' siapa yang nak usrah boleh tunggu. selepas isya' takde sorang pun adik-adik yang balik..ya Allah murninya hati adik-adik ini..selepas itu kami bentuk adik-adik dalam kumpulan. oleh kerana kakak-kakak yang ada time tu 6 orang maka dapatlah 6kumpulan setiap group ada 10 adik-adik...

dalam group tu ta'aruf sikit-sikit dan cerita pengalaman camna boleh terjebak dengan tarbiyah ni.pastu da bawakan sedikit analogi supaya adik-adik ni nampak apa yang kita nak sampaikan..
"pernah dengar tak cerita pasal katak rebus?" saya memulakan dengan soalan ini. semua menggeleng kepala dan tak kurang juga yang membuat muka hairan. aku tersenyum dalam diri..
"tahu tak kita sekarang ni ibarat katak rebus!!akak tak tipu...ada sapa-sapa yang boleh tolong cerita?" tunggu punya tunggu takde seorang pun yang nak buka mulut. maybe malu lagi kot. ala biasa la budak melayu kan glamour dengan sikap pendiam and malas bertanya ni(sama la dgn orang yang tulis ni pun hehehe...)
lepas tue aku pun mula bercerita dengan semangatnya supaya adik-adik ni faham..nampak la muka diorang yang dah faham dansemakin open dan tak malu sangat macam awal-awal tadi..banyak juga la yang aku ceritakan pada malam tue tapi tak tahulah diorang lagi faham ataupun lagi pening dengan cerita aku tu. tapi yang penting aku dah pun sampaikan apa yang sepatutnya disampaikan...lastly tayang video akhawat2 time berprogram di m'sia dan oversea. adik-adik lagi bertambah semangat nampaknya..kakak samuanya tersenyum penuh makna.dalam hati hny alhamdulillah yang terucap..

dalam perjalan balik rumah hp masing-masing asyik berbunyi je..
"dapat msg dari adik-adik la!!" hanya Allah yang tahu betapa gumbiranya hati ini dengan kehadiran msg dari adik-adik yang suci bersih ini...mahu rasanya menjerit kakak sayang adik2!!!!
sampai di rumah dah pukul 12 lebih..macam-macam rasa ada..syukur, gembira, penat, pening kepala, terharu dan macam-macam la huhuhu...

ditakdirkan Allah selepas itu aku terpaksa balik kampung menjaga adik-adik sendiri pulak dirumah. emak akan berlepas ke sabah untuk ziarah kakak yang dah setahun tak bersua muka. aku sedih terpaksa berpisha dengan adik-adik yamg baru je kenal yang ukhuwahny baru je berbunga. aku ingin ia menjadi subur dan mekar ermmm..
balik rumah merupakan ujian yang hebat untukku. dah tak boleh attend khatibah. duduk sorang-sorang kat rumah tak tahu nak buat dakwah cmna huhuhuk sedihnya..
3minggu kat rumah yang sangat menyiksa batinku..aku seperti menzalimi diri sendiri..jika sebelum ini setiap minggu ada ja program yang akan menguatkan diri tapi kat rumah dah tak ada..

balik je sini rindu sangat dengan adik-adik ni..muka diorang pun dah tak ingat.. sedih sangat..
sekarang ni nak jumpa diorang pun susah..semuanya tengah busy buat asgnment, lab report, tutorial...

dah pergi semalam rasa best sangat dapat jumpa mereka..semoga ukhwah ini berpanjangan bukan didunia sahaja tapi hingga ke akhirat..

tabah dan sabarlah
berjuang
di sekolah kehidupan
sesungguhnya di sana
ada rehat yang panjang
indah dan kekal


akak mahu apa yang akak faham adik pun faham
akak mahu apa yang akak tahu adik pun tahu
akak mahu apa yang akak pelajari adik pun pelajari
akak mahu apa yang akak dapat adik pun dapat


akak mahu kita sama-sama berjalan seiringan menuju syurga Ilahi...

3 comments:

Anonymous said...

peewwit..mantap ar kilah!!100 markah..lalala

Anonymous said...

kuang3x..
da juga org yg baca blog ni huhuhu terharunya...
klu nak banding dgn Rasulullah and sahabat xda apa pun..
cik tim ko ni??

Mama Hazim said...

^_^ best!!

ukhuwwah itu indah bila berpaksikan aqidah...