Monday, July 7, 2008

ermmm

Dah beberapa hari jari ini tidak menulis dan banyak peristiwa yang mengoncangkan hati...sekarang ini menulis merupakan perkara yang perlu dilakukan setiap hari untukku meluahkan segalanya(baru beberapa bulan belakangan ini sahaja..)
Dulu-dulu aku suka juga menulis sehingga mampu menghasilkan sebuah novel tapi disebabkan insiden yang tak dingini aku buang begitu sahaja cerita itu. biarlah apa yang dah berlaku biarkan berlaku jangan diungkitkan lagi kisah lama itu..
Sejak dari peristiwa itu aku sudah pencen dari menulis...tapi bila nak tulis balik jadi kekok dan selalu je mati akal.ayat tunggang-langgang dan terputus-putus ibarat jalan yang banyak lopak dan bonggol(mcm jln ke fateh hehehe)...
kini usia dah menjangkau angka 20an...banyak kenangan-kenangan yang tak boleh dilupakan dalam proses mencari diri. pernah aku membuat konlusi bahawa di usia 15tahun merupakan satu peringkat perubahan pada diri setiap individu, jika jalan yang dipilih betul maka akan selamatlah ia dewasa kelak, jika jalan yang dipilih adalah salah maka akan terpesonglah ia dewasa kelak. tapi betulakah begitu??wallahualam..tapi itulah yang berlaku pada diriku dulu.
ingat lagi ketika di tingkatan 5Sc1 cikgu zaiton berpesan bahawa kami semua perlu bersiap siaga untuk menamatkan perlumbaan pertama ini dengan jayanya iaitu untuk menghadapi SPM dan selepas itu kami semua akan meneruskan dengan perlumbaan kedua yang cabarannya lagi hebat. terpaksa membuat pilihan yang penting dalam hidup iaitu nak pilih U mana and cos apa. itulah pemikiran yang ditanamkan ke dalam diri setiap pelajar. benda yang dirasakan paling penting adalah belajar, belajar...exam,exam...itu jer...
bukankah semuanya itu merupakan salah satu bentuk rezeki daripada Allah yang mana hal tentang rezeki ini hanya Allah sahaja yang tahu. tapi kita sekarang ini sibuk risau malah takut lagi.takut dapat cos lelong and than tak dapat kerja yang bagus, gaji sikit nak bagi makan camna kat family..itulah kata-kata yang selalu singgah di gegendang ini. inilah product hasil daripada semua perancangan licik musuh-musuh Allah laknatullah. mereka menjauhkan kita dari al-quran yang seharusnya menjadi panduan hidup seorang muslim. apabila sudah jauh dari kitabullah maka apa yang hendak disampaikan Allah kepada kita tidak akan sampai. malah apa yang sampai kepada kita adalah sesuatu yang bertentangan dengan suruhanNya..ianya samalah dengan peristiwa yang kita lihat sendiri dengan peristiwa yang kita dengar dari orang lain. cerita itu dah tak sama dengan adanya tokok tambah dan macam-macam lagi...itulah yang terjadi kepada kita sekarang...

APA YANG PERLU FAHAM TAK FAHAM, APA YANG PERLU TAHU TAK TAHU, APA YANG PERLU BELAJAR TAK BELAJAR, APA YANG PERLU HAFAL TAK HAFAL, APA YANG PERLU TENGOK TAK TENGOK, APA YANG PERLU BACA TAK BACA, APA YANG PERLU DIBUAT TAK BUAT...

sedar tak apa yang kita buat selama ini adalah benda yang tak perlu buat semuanya adalah sia-sia belaka...

akhirnya lahirlah generasi-generasi yang sia-sia =(
siapa generasi yang sia-sia???
kitalah...
bukan!!!!!tidak!!!!!
tepuk dada tanyalah iman...

bukalah surat cinta Allah

No comments: