Tuesday, December 30, 2008

dulu-dulu


Bismillah hirrahmanirrohim…

Malam tadi tergerak hati nak cari balik buku2 time sekolah and matrik..
Dalam pencarian tue jumpa sesuatu yang menarik iaitu buku catatan time matrik dulu..aku nie suka tulis tarikh dan tempat. Tertulis kat atas buku DKB1(dewan kuliah besar 1), 9.25 pagi, 23/12/06..yang menariknya aku tulis kat situ priority kita adalah stdy tapi jangan halang atau sekat DAKWAH..

Hah??aku dah tulis pasal dakwah time matrik dulu??tapi apa yang aku faham tentang dakwah dulu??aku rasa bila dah buat keje2 islam, join persatuan islam itu adalah dakwah..kan selalu kita kata belajar itu juga adalah dakwah bukan??tapi konsep sebenar dakwah itu aku masih belum faham sebenarnya huhu…lawak pun ada jugak..

Dulu aku pernah menolak tawaran jadi ajk Pusat Islam kat matrik dengan alasan nak tumpu perhatian pada stdy tak nak ada komitmen lain..yang dahsyatnya aku turut menghasut kawan2 yang lain supaya tak yah jadi ajk huhuhu jahat betoi aku ni!!tapi setiap aktiviti yang PI buat kami sertai semuanya…

Ditakdirkan Allah result aku teruk kena repeat hahaha…kata nak tumpu perhatian pada stdy sampai xmau join PI tapi apa yang jadi akhirnya kilah????tu la..tolak lagi rezeki di depan mata lastly diri sendiri yang terkena..”kalau kita buat kerja Allah, Allah akan tolong kita”, “selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah mengejar kita”…

Time repeat aku nak menebus kembali dosa2 dulu huhuhu…aku nak jugak join PI walaupun dah ‘berusia’ sikit..Allah nak mentarbiyah aku supaya jangan sekali-kali menolak kerja2 Islam nie..sapa kita nak tentukan kejayaan kita???kalau Allah kata aku berjaya akan berjaya juga..kalau Allah kata akan gagal, maka gagallah kita walau buat cmna sekalipun…

Bila dah join PI bukan aku hny dpt berpersatuan shj ttp melalui itulah aku mengenal apa itu usrah??..sblm nie perkataan usrah pun tak pernah dengar..sejak dari itu bermulalah perjalanan hidupku sbg “manusia”. Sebelum nie hidupku hny untukku sahaja..tidak pernah fikir ttg orang lain..ada juga terpikir tapi tak tau nak buat apa..lastly lupa cmtu ja la..

***Bukan penghargaan yang dikejar tetapi redha Allah yang kami kejar..
Penghargaan manusia tidak penting tetapi penghargaan Allah adalah segala-galanya buat para duat.. ***

No comments: