Wednesday, July 16, 2008

adik lagi...bila tiba time untuk kakak-kakak pula huhuhu...

terkenang masa dahulu...
memori silamku

huhuhu...da ja halangan nak tulis malam nie...
dalam plan hari ini aku akan buat tuisyen for my neigbour's daughter. ini adalah first time conduct tuisyen yang agak formal sebelum nie just for adik-adik sendiri kat rumah je(agak garang)..adik-adik asyik kena ulang dan ulang dan ulang..sampai naik cemuih!(kata orang kedah). ingat lagi ada satu slot kat matrik time program jati diri ada seorang penceramah mengatakan bahawa ulangan itu sihat, so untuk sesiapa yang perlu merepeat paper jangan la rasa sedih dan berduka cita kerana ulangan itu sihat...

"assalamualaikum..." suara comel adik husna kedengaran di luar pintu. sempat aku menjeling ke arah jam, dia tiba awal 5minit
"wa'alaikumussalam. kejap ye.." dengan pantas aku berlari anak menuruni anak-anak tangga.
"masuk la Husna" senyuman berseri menghiasi wajah kala itu.
"jom kita naik atas."
"malam ni buat subjek apa husna?"
"malam ni mama suruh buat science dan english"
english???alamak aku ni dah la tnggang langgang grammer camne nak ajar english pulak ni. jiwa kacau seketika. tapi hati mampu reda sikit sebab kami bincang science terlebih dahulu. sengaja aku lambat-lambatkan penerangan huhuhu teruk ke saya ini???
nasib baik la malam ni just check essei and ayat-ayat pendek berdasarkan gambar yang diberi sahaja...

jam handphone menunjukkan 21.58. husna terpaksa balik kerana waktu habis tuisyen pukul 10.
aku kagum dengan personaliti yang dimilikinya walaupun baru 12tahun tapi bijak berbicara.

lepas hantar husna dengan mata(rumah dia sebelah je) aku terus ke dapur tolong kak dayah buat kek tuk jualan kami(huhuhu nak tambah duit poket). bersungguh-sungguh dia menyiapkan kek kami tu(tak tahu nak letak nama apa). akhirnya siap juga kek yang sangat comel itu.

lepas tu kami solat isya' berjemaah(2 orang je huhuhu).sejurus selepas itu 2 orang lagi sahabat balik dari ziarah mad'u tersayang(subhanallah...).

kringgg....kringg....kringgg...
"hello."
"hello nad awak de kat rumah ke? kitaorang semua satu unser akan tidur di rumah kita"kedengaran suara comel kak az dihujung talian
"ye ke? datang la. budak-budak UK ek?"
"a'aa..UK and Ireland"
tup..tup..talian dimatikan.aku cepat-cepat menghebohkan kepada sahabat-sahabat yang ada tika itu.

kemas-kemas tempat tidur untuk diorang. aku terfikir nak hidang apa kat tetamu istimewa ini. tiba-tiba teringat kek comel yang baru je siap tadi. memang rezeki diorang la dapat merasai kek yang sedap tu..ada la juga hidangan untuk disajikan. lagipun waktu tu dah lewat sangat hampir pukul 12 mlm dah pun.
semua sibuk bersalaman dan berkanalan

"tak pernah nampak pun sebelum ni?"
"ohh memang pun saya tak pergi program hari tu. saya balik kampung"
"patut la.."

borak-borak semua naik atas dan tidur lena kepenatan agaknya tadi. aku pula baru sahaja cakap kat aisyah nak tidur awal la malam ni memandangkan setipa malam tidur lewat dan tak sempat tahajjud..SIAPA YANG BERIMAN DENGAN ALLAH DAN HARI KIAMAT, HENDAKLAH DIA MEMULIAKAN TETAMU NYA....ingat kembali peringatan dari ustaz. so tidur agak lewat juga malam ini.

bila dah terlajak dari waktu tidur yang biasa susah dah nak ngantuk. layan la ym kejap(lama jugak la). aku kena paksa tidur juga tak boleh layan.akhirnya aku terlelap dalam pukul 2.30pg huhuhu...

No comments: