Wednesday, August 19, 2009

Wednesday, August 12, 2009

inilah kita....

bismillah hirrahmanirrohim...

assalamualaikum semua!!!

baru-baru ini saya berborak dengan rummate tercinta..

"akak tengok banyak la kedai makan yang baru buka kat area bangi ni..."

"a'aahh...memang pun.dah tu memang ramai pulak orang diamana-mana kedai pun..."aku mengiakan kata-kata rummate ku

"kira takkan ada kedai yang takde orang kat bangi nie.."tambahnya lagi

selepas tu saya pun tertanya-tanya jugak tentang fenomena yang berlaku nie. kalau ikutkan akal saya nie maybe penduduk bangi yang ramai tambahan ramai student kat sini..persoalan itu tamat disitu sahaja dan kami pun meneruskan kehidupan masing-masing.

sampailah suatu hari saya ada terbaca artikel tentang keperluan VS keinginan.

"yes!!alhamdulillah!!!ya Allah betapa penyayangnya Allah pada kita kn??"

saya baru je tertanya-tanya persoalan nie terus Allah bagi solution pada saya..dalam artikel tu saya rasa seolah-olah Allah sedang bercakap dengan saya. saya sangat-sangat terasa bila baca kisah umar dengan anaknya.

suatu hari Umar pergi ke rumah anaknya Abdullah. lalu umar ternampak seketul daging di atas meja. Umar bertanya anaknya "untuk apakah daging ini wahai Abdullah?". lalu Abdullah menjawab "saya teringin untuk makan daging lalu membelinya."
lantas Umar menjawab dengan tegasnya,"adakah engkau terus akan makan apa yang engkau ingini?cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali dia menginginkan sesuatu lalu memakannya"

diberitakan prinsip ini terus hidup dalam masyarakat islam hingga berabad-abad lamanya. seorang ulama Baghdad yang terkenal, Sari Bin Abdillah pernah berkata, "sejak 30 thn yang lalu, nafsuku selalu menuntut untuk makan lobak yang dicelup dalam madu, namun aku tidak menurutinya."

see....!!!

subhanallah hebatnya sahabat dan orang2 terdahulu...
bila reflek pada diri ini betapa banyaknya benda yang bukan keperluan saya buat contohnya ritu baru beli sehelai t-shirt. saya bukan dah takde baju lain untuk pakai tapi teringin je...

kadang-kadang tue teringin nak makan coklate terus beli tanpa pikir apa-apa..ye la bukan kita guna duit orang lain pun kan? duit kita, kita punya pasal la nak buat ape pun kan??

tapi kita perlu ingat bahawa pembaziran itu adalah amalan dari syaitan. kat mulut kata syaitan musuh utama kita. tapi perbuatan ikut syaitan. camne tu??

sebab tu lah dimana je ada kedai makan ada orang berpusu-pusu datang kerana ramai yang makan kerana teringin bukan keperluan...

muhasabah-muhasabah balik diri kita..
istighfar banyak-banyak...