Tuesday, December 30, 2008

dulu-dulu


Bismillah hirrahmanirrohim…

Malam tadi tergerak hati nak cari balik buku2 time sekolah and matrik..
Dalam pencarian tue jumpa sesuatu yang menarik iaitu buku catatan time matrik dulu..aku nie suka tulis tarikh dan tempat. Tertulis kat atas buku DKB1(dewan kuliah besar 1), 9.25 pagi, 23/12/06..yang menariknya aku tulis kat situ priority kita adalah stdy tapi jangan halang atau sekat DAKWAH..

Hah??aku dah tulis pasal dakwah time matrik dulu??tapi apa yang aku faham tentang dakwah dulu??aku rasa bila dah buat keje2 islam, join persatuan islam itu adalah dakwah..kan selalu kita kata belajar itu juga adalah dakwah bukan??tapi konsep sebenar dakwah itu aku masih belum faham sebenarnya huhu…lawak pun ada jugak..

Dulu aku pernah menolak tawaran jadi ajk Pusat Islam kat matrik dengan alasan nak tumpu perhatian pada stdy tak nak ada komitmen lain..yang dahsyatnya aku turut menghasut kawan2 yang lain supaya tak yah jadi ajk huhuhu jahat betoi aku ni!!tapi setiap aktiviti yang PI buat kami sertai semuanya…

Ditakdirkan Allah result aku teruk kena repeat hahaha…kata nak tumpu perhatian pada stdy sampai xmau join PI tapi apa yang jadi akhirnya kilah????tu la..tolak lagi rezeki di depan mata lastly diri sendiri yang terkena..”kalau kita buat kerja Allah, Allah akan tolong kita”, “selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah mengejar kita”…

Time repeat aku nak menebus kembali dosa2 dulu huhuhu…aku nak jugak join PI walaupun dah ‘berusia’ sikit..Allah nak mentarbiyah aku supaya jangan sekali-kali menolak kerja2 Islam nie..sapa kita nak tentukan kejayaan kita???kalau Allah kata aku berjaya akan berjaya juga..kalau Allah kata akan gagal, maka gagallah kita walau buat cmna sekalipun…

Bila dah join PI bukan aku hny dpt berpersatuan shj ttp melalui itulah aku mengenal apa itu usrah??..sblm nie perkataan usrah pun tak pernah dengar..sejak dari itu bermulalah perjalanan hidupku sbg “manusia”. Sebelum nie hidupku hny untukku sahaja..tidak pernah fikir ttg orang lain..ada juga terpikir tapi tak tau nak buat apa..lastly lupa cmtu ja la..

***Bukan penghargaan yang dikejar tetapi redha Allah yang kami kejar..
Penghargaan manusia tidak penting tetapi penghargaan Allah adalah segala-galanya buat para duat.. ***

Monday, December 29, 2008

kenangan...

berlima daei di sini
duduk menunggu kuda yang bakal tiba
kuda yang setia membawa mereka ke mana sahaja
tanpa bantah tanpa rungutan..

buku ditatap, akal berfikir kencang, hati penuh ketundukan..
masih disini menanti kuda itu..belum tiba
di hadapan di belakang, di tepi manusia tidak seramai mana,
namun pelbagai ragam..
ada yang membaca, merenung keagungan Allah..
semuanya bertasbih memuji Tuhan yang Esa.

aku??
sudah pasti sedang kusyuk melarikan pena pada buku kenanganku
sunguh kenangan buku ini..
buat kesekian lamanya aku tidak menulis padanya..
hampir dua tahun
namun kerinduan yang memuncak telah memaksaku..
memaksa penaku berlari di atasnya..

Tuesday, December 16, 2008

DAEI??

Sesungguhnya perjalanan seorang daei itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daei menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya. "Sampai bila kau akan melelahkan diri?". Dijawab daei dengan pasti, "Sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)" al Fawaid - Ibnu Qayyim

Sunday, December 14, 2008

CERITERA BORNEO SI CAMAR KECIL

Berada di tempat orang sebenarnya mengajar kita mencari diri dan lebih mengenali diri. Dapat menilai bagaimanakah diri kita sebenarnya..adakah kita seperti batu?camar?laut?pohon hijau?dahan pokok?lebah? Ataupun parasit… siapa saya..bagaimana saya..semuanya terjawap di BORNEO…slmt dtg ke ceritera borneo si camar kecil…

Pertama kali si camar kecil ini terbang ke awan tinggi. “Ahh!!aku berada atas awan sekarang..betulkah??”tny si camar kecil kegirangan bercampur kesyukuran..tapi pertanyaan itu hanya bergema dalam jiwa..si camar kecil duduk bersebelahan dengan camar ummu dan kerikir yanna di hujung sebelah tingkap. Kesemua ahli rombongan nampak berseri-seri di dalam penerbangan MAS boeing 747 itu. Tali pinggang diketatkan dan seat ditegakkan. Masa untuk berlepas diumumkan sebentar tadi. Pesawat mula terbang, kapal mula menujah ke atas terasa diriku juga turut menujah ke atas.. pandangan dilemparkan ke kiri dan kanan masing-masing kulihat bertafakur dalam pesawat 747 itu. Dalam hati ada getar, takut apa-apa terjadi maklumlah baru pertama kalikan. Kerikir yanna bersuara “subhanallah cantiknya..tengok-tengok cantiknya pemandangan di bawah..”. Aku turut teruja menjeling ke arah tingkap..hebatnya ciptaan Allah. Tiba-tiba terasa betapa kerdilnya diri ini. Ermm nampak kitani ghurabaa yang berada di tengah2 pesawat. Kami semua ditempatkan di tempat duduk tengah. Dlm penerbangan tue nampak akhawat mula membaca al-quran dan ada yang membaca buku2 islamik yang dibawa. Orang lain ada yg tidur dan ada yg melayan lagu. Ermm lainnya kitani..menetang arus org kata tapi mereka la yang menentang arus sebenarnya.

Hampir 2jam dalam pesawat akhirnya kami mendarat di lapangan terbang Miri kira2 pukul 8.00mlm. alhamdulillah sampai juga ke miri bumi yang dipenuhi dgn minyak. Namun jangan dilupai disini juga bumi tarbiyah dan tanah air(watan) kita. Dimana bumi dipijak disitu islam dijunjung. Allahhu akhbar!!!

Dahan Wawa (bukan nama sebanar) menyambut kami di airport miri. Kami masih belum diberitahu bermalam dimana untuk malam ini. Pohon nyiur ain bertanya kita tidur di airport boleh??si camar kecil boleh je dimana-mana pun hehehe...barulah namany da’i sebenar, tak takut pada apa-apa pun kecuali Allah. Namun sejurus kemudian kak syuhada dan kak rozie sampai. Tapi nampak kak rozie mcm sedih rupa-rupanya dia terlepas flaight (sabar ye kak rozie). Kami masih tak tahu akan dibawa ke mana..aku si camar kecil dan yang lain trip pertama dihantar ke tempat menginap. Kesian kak syuhada terpaksa angkut kami dengan kelisanya seorang diri. Dia terpaksa berulang-alik 4kali untuk angkut semua akhawat ke sana . Lepas check-in naik lift ke tingkat 9. dalam kepala maybe bilik yang ada katil n toilet ja la. Masuk2 tgk subhanallah mcm apartment mewah lengkap ada dapur, mesin basuh, tv, peti n etc..semua dah sampai ta’aruf dgn wawa(usrahmate fareha kat nz), kak syuhada n kak hanim.

Pagi esoknya time menunggu UQY sampai kami da wat halaqoh dan buat sharing sket2 tapi sedikit hambar suasananya tak tahu knp..untuk mencergaskan kembali da’i2 ini kami buat acara jln2 dengn menggunakan spek(kaca mata) da’i. Graup 2( camar naz, KD, batu ai suki, parasit sal,) menuju ke taman bunga yang lain ada memilih ke kolam dan lobi hotel. 30minit berlalu masing2 dikehendaki kembali ke bilik hotel. Masa utk sharing…getah Fareha yang memulakan. Sharing about car and da’I seterusnya camar naz sharing about flower (bunga dedap vs kaktus). UQY sampai bersama umar, nurul(Brunei) and mimie(Brunei). Pengisian ghulam dakwah yg lebih detail. Satu-satu ayat diteroka dan dihuraikan. Jazakallah ustaz. Pukul 2.30 kami berkemas utk check-out. Turun dari hotel tunggu kenderaan. Ada yang naik van pakcik hussaini dan kak lina. Tak kenal pun siapa tapi yang pasti ikhwah hehehe..solat di masjid miri (sempat bergambar lagi). Ustaz terpaksa balik KB bukan kuala belait(rumah ustz) tapi kota bharu sebab mak ustaz sakit.

Kami bertolak ke kuala belait dgn pkcik hussaini, nurul dan mimie. Dalam van terhibur dgn gelagat nabihah yg comel. Sampai di rumah pkcik hussaini dah maghrib tapi xmakan tghr lagipun…aduh laparnya..time tue teringat Rasulullah menahan lapar sehingga ikat perut dgn batu.tak dapat bayang bagaimana perasaan Rasulullah sedangkan diri ini tak makan tghr pun dah tak tahan. Semua siap-siap untuk solat. Ramai yg dah tumbang time tunggu turn masuk toilet(terutama yg guna toilet atas). Turun2 dah solat pun. Ish3x awat jd camtu??? Malam tue pkck hussaini sampaikan pengisian(ceramah kata org Brunei) ttg iman dan amal. Semua anak2 dia pun dgr sekali huhu keluarga bahagia. Lepas ceramah time to eat!! Alhamdulillah…banyak la pula kak lina masak. Da 2 jenis nasi lagi. Walaupun lapar tapi agak penat kot makan sikit je. Time makan tue sempat la borak2 dengan kak lina kat meja mkn.lepas makan siap2 untuk tidur. Keesokan paginya kami kena tunggu akhawat yg datang dari Bandar seri bagawan untuk angkut kami. Sementara menunggu kak ness sampai dulu. Kak ness sharing ttg halaqoh online yg ustaz slalu war-warkan tue dan bagaimana dia mula kenal islam. Hebatnya islam ermm…pastu borak ngn pkck hussaini n kak lina. Pkck tny kami buat usrh cmna. Dia ikut halaqoh Quran dgn ustz. Pastu sesi bergambar di dalam dan luar rumah sampai ada yg licin jatuh tangga luar(sorri parasit sal hehehe).habis sesi brgambar sister Bandar pun sampai. Bnyk sgt kereta yg datang menjemput kitorg. Sampai dalam kereta yang besar ada 4penumpang je.

Kami bertolak ke Bandar seri bagawan tp transit sekejap ke pantai seri kenangan di tutong. Dalam kereta nani cerita kisah sahabat, batu ai suki cite cmne terjebak ngn usrah nie..Ya Allah terasa jika tiada pemahaman islam mcm sekarang nie. Tidak bermakna hidup,tiada erti hidup ini..zero..terima kasih ya Allah memberi kesempatan untuk kami turut berada dalam perjuangn ini..kami sampai di Bandar tghr dalam pukul 12. sepanjang perjalanan di Bandar tiada bangunan2 pencakar langit mcm di KL, tiada kedai mkn yg byk, tiada public transport yg bnyk, tiada remaja melepak..mat rempit jauh sekali la..amannya Brunei!! Kami singgah ke rumah kak nabila untuk makan tghr. Diberitahu yang tak pernah ada sister yang kak nabila bawa ke rumah dia lagi..kitorg adalah tetamu pertama dari akhawat huhuhu terharunya. Kak nabila agak baru dlm usrah tapi dia sanggup menemani kemana pun kami pergi. Dia menggunakan kereta kluarganya untuk kami sehingga hari terakhir disana. Adiknya munirah turut serta bersama-sama kami. Banyak tempat yang kami lawati di Brunei..kami ke kampong air, muzium Brunei, main bola jarring, ziarah rumah suyukh2 dan rumah akhawat. Apa yang dilihat disini ikatan kekeluargaannya sgt utuh. Disini tiada pengaruh luar yg kuat untuk ank2 mudanya. Sehingga pabila seorg kakak masuk usrah dia boleh tarik adk2nya sekali..itu sangat mengagumiku..sehinggakan ada ibu bapa yg turut serta dlm perubahan ank2nya..dakwah dan tarbiyah disini kurasa sgt cepat berkembang. Awal thn dulu jump dgn geng Azi tgh thn jump kak ness dan bila ke brumei tak sangka mereka dah berkembang..sehinggakan kak Nor turut bersemangat kembali dlm perjuangan melihat kesungguhan ank2 muda ini..tak dapat digambarkan bagaimana uniknya dakwah ini sehinggakan guru dan anak murid sama-sama dalam tarbiyah ini sedangkan bukan guru itu yg mentarbiyah anak murid ttp dakwah telah menyatukan mereka. Bagaimana tarbiyah telah menjodohkan seorang naqibah dgn seorg abang kpd ank2 usrahnya…Ya Allah uniknya dakwah ini..bagaimana dakwah ini telah menyatukan hati-hati kita yang berlainan tempat, budaya dan bahasa..tetapi kita ttp satu. Oleh itu dalam usul 20 yg disampaikan oleh akhi Yusuf, diman pun kita disitulah watan(tanah air) kita.

Dakwah dan tarbiyah telah membuatkan seseorang yang gila bermain bola jaring menganggap bola jaring itu sama seperti dakwah ia bukan boleh dibuat sembrono shj ttp ada step2 yang perlu dipatuhi silap lagkah maka terbatal, tersalah lagkah maka akan tersasar. Bak kata ustaz Ali ketika pengisian di madrasah tahfiz di bintulu bahawa kita anggap kita tersasar sedikit shj ttp pada jangka masa panjang ia membawa kepada sasaran yang sangat besar jurangnya..itulah yang diceritakan oleh Hj. Asri di Brunei bahawa orang yang menariknya dlm dunia dakwah dan tarbiyah sudah keluar dari perjuangan ini sedangkan dahulu ketika study dia adlah org yg selalu menyampaikan yg selalu mengingatkan adk2 tika terlalai.namun akhirnya bila dah berkeluarga dan bekerja segalanya berubah kerana mungkin sesar yang dianggap kecil dahulu kini besar jurangnya sehinnga tersasar keluar dari perjuangan ini nauzubillah..

Namun tidak dinafikan bahawa keselesaan di Brunei kadang-kadang melalaikan diri seketika. Sekiranya camar naz berada disana rasanya tak tahu la dpt trima D&T atau tidak. Sebab tue camar naz tinggal kat M’sia krn Allah Maha Mengetahui..terima kasih Allah..

Dipendekkan cerita kami sampai ke miri dari Brunei seterusnya menaiki bus ke bintulu untuk ke rumah kak pija pula. Ditakdirkan kami agak terlewat untuk naik bus ke bintulu seat kami dah ada org duduk. Kami terpaksa berhimpit tiga org utk 2seat tak pe la sebelum nie kat Brunei dah selesa sgt kan akhawat??nie baru dikatakn jaulah. Selama tiga jam dlm bus yg berhimpit tue akhirnya sampai juga ke rumah kak pija. Mula2 sampai mcm xcaya tue umh kak pija sebab lalang tinggi mcm rumah org tak duduk ja..bila k.pija dah buka pintu betul la..masuk rumah, kak pija beri ucpn slmt dtg dan yg mengejutkan dia kata ktorg duduk bkn free kena byr!!biar betul kak pija ni..tapi bukan byr dgn duit, kena buat keja..kena tebas rumput kat luar, kemas ruang tamu, kemas blik, cuci toilt dan dapur..camar naz kena tebas kat luar huhuhu..tapi best sebenarnya..time tebas rumput yg tinggi tue mula pikir bahawa beginilah yg akan terjadi sekiranya lalang2 jahiliyyah tak ditebas dalam diri ia akan terus membesar dan bakal menutup rumah iaitu menutup sinar2 iman..bila cbut rumput dgn tangan rupa2nya rumput nie sgt kuat kalau tak cabut akarnya ia akan tumbuh lagi maka aku dan camar ummu cabut guna tanagn arghhh!!wah banyaknya akar kat dalam tanah nie..itulah jahlyyah yg perlu dibuang dalam diri. Nampak kecil rupanya akar yg bersarang dlm diri sgt besar jika tidak dibuang sehingga akr umbi maka ia akn ttp ada selamanya..bak kata akhi Firdaus malam tue virus yg paling kuat dalam dakwah adlh virus jahilyyah..mmg betul. Kami disuruh tulis ikrar apa jahilyyah yg akan dibuang lepas nie.lepas pengisian dgn akhi firdaus kak salwa sampai, sebelum nie dok dgr ja nama kak salwa dan kak lin. Kak salwa selalu org pngl salwa B, ingatkn salwa bintulu tapi B itu adalah bee hehe…jom dengar cite ktorg time pergi ke Taman TUMBINA(tumbuhan dan binatang)..diberi tugasan jalan2 kat situ dan cari apa yg significant dgn diri sendiri..kami pun jln2 la mencari diri hehe..camar naz dan dahan wawa jln bersama ada yg naik ke atas tgk bear tapi kami turun bawah tgk reptiles..jump ngn kura2 yg pemalu itu bkn aku bukan juga wawa. Naik atas sikit jump dgn buaya yg obesity huhu cian dia tak buat keja apa pun tunggu pkerja zoo bg mkn pastu telan je itu yg obesity tue hehe..atas jambatan tue ada pulak buaya darat hurmm ingtkan buaya ada kat bawah je rupanya buaya darat pun ada. Pagi2 dah buat keja astaghfirullah…jln2 tgk cendawan intan duduk bwh pokok sendirian..pastu nyiur ain pulak sampai. Kami asyk bercerita pastu dahan wawa turun bawah tgk burung dalam sangkar..macam menarik. Semasa melintas burung tue kata assalamualaikum..hahaha..lawaknya..burung pun pandai kalau dilatih inikan pula kita manusia.Cuma perlukan kesabaran dan usaha. Bak kata batu ai suki batu itu keras memerlukan sesuatu yg kuat utk hancurkannya tapi kata kerikir yana kerikir itu kalau selalu di titiskan air maka akan terbentuk juga ia walaupun perlahan. Begitu juga kita nampak keras tapi jika betul caranya kita mendidik mad’u akan menjadi juga. Kata camar naz dia ingin bebas, bebas untuk berdakwah dan menjadi penyampai spt burung hud2..menyampaikan syariat Tuhan. Tapi kata camar ummu dulu dia suka keseorangan, bebas buat sendiri tapi kini ingin berkumpulan sperti camar2 lain bergerak bersama menjalankan misi Tuhan. Kata kak lin dia laut..tak tahu apa yg ada dalamnya tapi ttp memberikan pemandangan yang cantik kpd alam..tapi lebih cantik jika laut itu ada camar2 yang berkicau dan batu kerikir yang yang terdampar di pesisirnya seperti tanjung batu yang sangat indah itu… tanjung batu menjadi saksi kerendahan diri pabila pasir2nya disentuhi bekas-bekas sujud para da’I muda ini…

Jaulah yang sungguh indah..penuh suka dan duka..pengalaman dan pengajaran oleh da’I-da’I yang sudah lama dlm perjuangan. Menjumpai diri di bintulu. Kata kak pija bintulu nie takde ape sgt mcm Brunei..tapi disini tergetar imanku pabila kak salwa bee kata dia adalah penyengat dan kita semua juga adalah penyengat..

Eh lupa nak citer bukan berakhir waktu sampai di LCCT saja. Tapi ramai yg dah tahu saya terlepas tren utk ke kedah kn??ermm itulah kisahnya..saya dah belipun tiket bus ke KL sentral dalam flaight lagi..ditakdirkan beg lambat keluar. Dapat je beg saya terus bergegas keluar cari sky bus.jump terus naik tapi bus tue slow sket. Maybe driver tue dah penat berualang-alik seharian hari nie..sampai KLsentral sharp 8mlm. Tren ke kdh pukul 8mlm.naik lift ke tingkat 2..rasa syukur sebab ramai org kat situ. Bila tny dia kata tren kul 8 dah bertolak. Bila tny guard kat situ mmg tren dah bertolak pun huhuhu..tak balik raya la cmni. Tak tahu nak buat apa hilang arah..berjalan kehulu kehhilir..call mak xdpt, call rumah xdpt, call k.yanna pun xdpt…Ya Allah betul2 menguji..dalam keadaan tak tahu buat apa nmpk polis saya trus tny polis mcm budak kecik tak tahu apa “encik kalau tertinggal tren cmne ye”..hahaa bodohny soalan bila dah sedar knp la tny polis tak tny kaunter tket tren??lps tue ketawa sorng2 hahaha..call fateh kak yanna angkat ingt nak sruh kak yanna hantr ke rawang tapi dah tak sempt nak kejar tren tue..naik komuter blik fateh. Kak yanna kata tket dah abeh dia tny tadi. Kerikir yana kata jom raya kat pahang takpun blik seremban ngn batu ai suki lagi best ke teluk intan ngn cendawan intan..huhu taknak!!pagi2 7hb keluar cari tket kt hentian kajang alhamdulillah ada lg satu seat bus durian burung tp mahal sket la rm42.90. xpe la asal boleh blik raya heehe…