dalam hidup ini Allah hanya memberi dua jalan kepada kita iaitu jalan kebenaran atau jalan kefasikan...
terpulanglah kita hendak memilih jalan mane..saya ingat lagi subjek literature dulu yang tajuknya Tha Road Not taken..time tue saya rasa wahh susahnya nak pilih jalan mane yang nak ambil tuk teruskan hidup. jika jalan yang dipilih adalah jalan yang salah kita tidak boleh berpatah balik untuk memulakan kembali dari awal..dalam poem tue juga saya belajar jalan yang penuh duri dan semak itu adalah yang terbaik..
sedihnya kepada diri yang terlalu leka dan tidak sedar sebenarnya poem yang lagi indah terdapat dalam 'surat cinta' Maha Pencipta tajuknya As-Syams...diajarNya kita mana satu jalan yang harus dipilih. di dalam 'surat cinta' itu juga telah diterangkan dengan detailnya bagaimana untuk menjadi hamba dan khalifah di bumi ini.
hebatnya kita sekaligus menjadi hamba kepada Allah dan khalifah kepada bumi ini. hebat bukan???
tiada hebatnya jika kita tak sedar ini semua...carilah, carilah, dan teruslah mencari..dalam 'surat cinta' Allah....
No comments:
Post a Comment