Saturday, April 4, 2009

DIARI HATI...YO

…Saya tidak faham kenapa perasaan ini muncul dalam diri saya..saya juga tidak mengerti mengapa ia utuh bersemadi dalam hati saya..petang yg nyaman ini,entah angin apa yg membuai hari ini..membuatkan saya begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk awak yang saya tidak pernah kenali..

Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya kepada sesiapa..apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya dikhususkan untuk awak sebelum tiba masanya..ia menuntut sesuatu yg saya perlu jaga dengan rapi selama ini semata-mata untuk awak, itulah hati dan cinta saya….

Semenjak kecil saya dididik oleh ibu supaya menjaga maruah diri, kerana Allah menetapkannya hanya untuk diri awak suatu hari nanti. Kata ibu tanggungjawab ibu bapa kepada anak perempuan adalah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka.Jadi, awak sudah wujud dalam diri saya sejak dulu lagi..
Sepanjang umur saya ini, saya menutup pintu hati ini dari mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi awak. Saya menghalang diri daripada mengenali mana-mana lelaki apatah lagi memahami mereka, kerana saya tidak mahu mengenali dan memahami lelaki lain selain dari awak.

Kerana itulah saya sedaya upaya membatasi pergaulan saya dengan bukan mahram saya. Saya lebih suka berada di rumah daripada menghabiskan masa di luar, kerana ustazah pernah berpesan, rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan..saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki,bukanlah saya bersangka buruk kepada mereka,tetapi lebih baik saya berjaga-jaga…

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka,saya akan buat expressionless face dan cool,saya akan palingkan wajah daripada lelaki yang asyik merenung saya ataupun cuba menegur saya..saya seboleh-bolehnya akan melarikan pandangan daripada lelaki kerana pesan Saidatina Aisyah R.A “Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”..saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki.Biarlah saya hanya cantik di mata awak..Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik awak seorang..saya tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki,bahkan saya berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati….

Saya juga tidak mahu menjadi punca kegagalan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan..Bagaimana saya akan jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbangan saya kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Jika saya tidak mahu awak memandang perempuan lain, saya terlebih dahulu yg perlu menundukkan pandangan saya..Saya perlu memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi saya, kerana itulah yang dituntut Allah.Jika saya inginkan lelaki yang baik menjadi suami saya,saya juga perlu menjadi perempuan yang baik..Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yg baik itu untuk lelaki yg baik?..

Tidak saya nafikan sebagai remaja saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi..Namun,setiap kali perasaan itu datang,setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya yang saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia adalah milik awak..Allah sudah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yg suci..Bukan hati yg menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yg tulen,bukan yg sudah dibahagi-bahagikan…

Tetapi satu ketika saya diuji oleh Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan saya..Saya secara keras menolak..Pelbagai alasan saya berikan..Tetapi dia tidak mahu mengalah..Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ,Dia sentiasa menghubungi dan menggangu saya,saya berasa amat tidak tenteram,seolah-olah seluruh hidup saya yang ceria selama ini sudah dirampas daripada saya..
Saya beristigfar memohon keampunan Ilahi..Saya juga berdoa supaya Allah melindungi diri saya daripada sebarang kejahatan..

Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan awak..saya dapat rasakan awak seolah-olah wujud bersama saya..Di mana sahaja saya berada, akal sedar saya membuat perhitungan dengan awak..Saya tahu lelaki itu bukannya awak..Malah saya begitu yakin pada gerak hati saya..yang mengatakan lelaki itu bukannya awak…yang tidak pernah saya kenali…
Saya bukanlah seorang gadis yg cerewet dlm memilih pasangan hidup..Siapalah diri ini untuk memilih berlian sedangkan saya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi saya juga mempunyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga…memimpin saya kearah tuju yg satu…

Awak tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkan saya terpikat..Andainya awak adalah jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz,Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dlm hati saya, juga dalam hati awak apabila kali pertama kita berpandangan..Itu janji Allah..

p/s: jiwang x??
ermm...lain padang lain belalang,
lain org lain impressionnya..

bagi saya xperlulah nak pikir2 lagikn??sapa suruh peningkan kepala yang ok tue..
kan Allah dah janji setiap org ada pasangannya...

so...wait n see =))

2 comments:

Nurhayyani said...

salam...wahai sahabat lamaku nazirah a.k.a kilah...juz stick with ur philosophy..i'm very glad to have friend like u...always kept other people see the reality...

~Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya, Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah, Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, Melainkan pada jalan yang kau pilih~

naz_irah said...

salam..
yess yani i like this ayat "kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu.melainkan pada jalan yang kau pilih"
great ayat!!!

thx...
jazakillah sahabat huhuhu