Friday, October 31, 2008

si semalu ^_^




pada suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, saidatina Fatimahr.a. setibanya mereka berdua di sebuah batang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi ...wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini...

pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. wanita juga harus seperti ini mempunyai perasaan malu(malu pada tempatnya)

semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya..oleh itu wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai muslimah yang solehah.

semalu ini mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mengcengkam bumi. ini bermaksud wanita hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..

subhanallah hebatnya ciptaanMU Allah...subhanallah..subhanallah..subhanallah...
betapa semalu yang tempatnya paling hina pada pandangan manusiawi itu mempunyai nilai yang begitu tinggi untuk dipelajari...inikan pula kita manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian...

kita kadang-kala lebih hina dari semalu ini. manakan tidak boleh berpegangan tangan sesama bukan mahram di khalayak ramai lagi..di mana letaknya perasaan malumu???

nampaknya nilai manusia skrg lebih rendah dari semalu tempat orang memijak itu...

Thursday, October 30, 2008

kisah dua bidadari



bertanya pada sang bidadari berwajah manusia...

"wahai kakakku, kanapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

lalu berbicara si bidadari berwajah manusia...

"wahai adikku. bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. tetapi disitulah wahai adikku kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. tangis sendunya wanita itu wahai adikku bisa meleburkan ego seorang lelaki...menjadi "izzah" yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki. kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata."

si adik tidak berpuas hati. lalu dipertikaikan lagi...

"namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"pernahkah dengar akan pesanan Ilahi pada hambaNya? wahai para lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu. lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud: wahai para wanita yang beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. lantas cuba asik nilai kepada siapakah terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?pada hamba yang bergelar ar-rijal. kerana andai, sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin akan terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya. dan tidak Allah lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitulah kehormatannya. sesungguhnya para wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali kepada para suami mereka sahaja. dan mereka dikatakan wanita-wanita yang suci. namun...wanita yang beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya!!bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!!sesungguhnya wanita yang beriman yang selohah itu lebih baik dari ribuan lelaki soleh."

"tetapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?tidakkah mereka merasa malu??"

sang bidadari berwajah manusia menguntum senyum penuh makna. adus!!semakin terasa mendalam kasih sayang pada penghuni jannah ini...

"wahai adikku sayang..al-haya'(malu) itu dalam diri setiap insan. wujudnya seiring dengan nafas insani. dan al-haya' itulah pakaian iman. pada diri wanita itu, indah al-haya' sebagai pembenteng diri. namun bilamana al-haya'nya lebur, imannya runtuh. kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?kerana mereka sebenarnya paranoid. merasakan diri tidak cukup menarik...merasakan belum cukup lagi dunia melihat mereka. mereka sebenarnya golongan yang kalah dari segi psikologi. namun adikku...wanita solehah itu pasti dapat melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."

"wahai adikku di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yang bermaruah. maka demikianlah adikku menilai mereka. tetapi perlu juga dilihat pada hatinya..pada akhlaknya..

dizaman ini tidak susah membezakan wanita yang solehah dan yang toleh. namun adikku...jangan dikau cemuh wanita yang toleh itu..kerana didalam hati mereka, tetap ada permata yang indah...perasaan cinta pada Allah...kerana fitrah cinta pada Rabb itu sentiasa ada dalam jiwa insan. adikku mereka ini tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan yang mereka tahu hak Allah. cuma kadang-kadang term solehah itu terasa berat di bahu mereka...kadang mereka takut pada persepsi wara' dan alim. sedangkan itu cumalah persepsi. hakikatnya wara' itu bermaksud menjaga.

maka sesiapa ahaja yang menjaga adalah wara'. alim itu maksudnya mengetahui. barabgsiapa yang berilmu maka dia adalah alim dalam bidangnya. persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada 'stage' yang lebih baik. kerana begitulah persepsi masyarakat. sedangkan mereka alpa...Allah tidak menjadikan makhluk ciptaanNya ini tanpa tujuan dan garis panduan.Allah tidak zalim kepada ciptaanNya. bila mana Dia menciptakan Hawa itu dari rusuk Adam...Dia telah mengetahui apakah sebaik-baiknya buat makhluk bergelar Hawa ini...ditinggikan martabat golongan Hawa ini...tapi sayang...golongan Hawa ini kadang-kadang merendahkan martabat mereka yang Allah jadikan penuh kemuliaan...

wahai adikku...1001 keindahan penciptaan wanita

pandai-pandailah kau menilai..antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

wahai adikku...wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti..amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..tapi epal yang tidak mampu dibeli, ia berada di puncak. susah dipetik, susah digapai. terkadang ia risau, kenapalah diriku belum dipetik. lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya. sebenarnya...epal itu terlalu tinggi...elok sifatnya...sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya...mungkin bukan di dunia..asalkan cinta Ilahi mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia bukan??
tapi lebih bermakna bila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayangiNya untuk memetik di taman akhirat kelak."

adik terpaku sendiri...tergamam tiada sepatah kata terpancul dari bibir manis itu...diam...diam dalam ta'jub mendengar kisah sang bidadari berwajah manusia itu..

sang bidadari lalu bangkit. bicaranya sudah berakhir buat masa ini. pastikan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. wahai adikku..sungguh tulus bersih jiwamu. benarlah kata Allah s.w.t, kamu kanak-kanak adalah penghuni syurga!!

alangkah bertuah dirimu adik..
dan aku???hanya bidadari berwajah manusia...berhakkah menjadi bidadari syurga??
wallahu'alam.

Thursday, October 16, 2008

Memikirkan Nabi yang selalu tiada makan

dipetik dari Harakahdaily.net:

Kira-kira lima tahun lalu saya bersama Nasir Jani membuat sebuah dokumentari video mengenai "Puasa Ramadan di Malaysia". Hari ini saya tiba-tiba teringat - bukan kepada VCD yang sudah siap itu, tetapi kepada satu masalah besar waktu membuat penggambaran untuk mengumpul bahan dokumentari itu.


Apa masalahnya? Masalahnya ialah kebanyakan bahan visual yang dapat kami kumpulkan rupa-rupanya adalah mengenai peristiwa orang makan. Sedangkan dokumentari itu mengenai orang Malaysia menahan diri tidak makan di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Dia jadi terbalik. Songsang.

Tetapi memang pun banyak peristiwa makan. Betul, orang Islam dewasa tidak makan di siang hari. Tetapi menjelang petang terdapat satu kesibukan orang hendak membeli makanan, yang luar biasa sibuknya, di mana-mana, di seluruh negara. Pasar atau bazar Ramadan tiba-tiba muncul di sana sini. Hal yang tidak pernah terjadi di luar bulan Ramadan. Ia suatu pesta makanan yang paling besar di dunia.

Mengapa ia terjadi songsang begitu? Tentulah bukan begitu yang diajarkan Nabi.

Itulah persoalan saya lima tahun lalu, dan masih menjadi persoalan hingga kini. Bahkan ia berkembang lagi, apabila fikiran saya tersangkut pada cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w. yang dikisahkan selalu mengalami lapar, perut kosong kerana tidak makan, hingga ada waktunya terpaksa perutnya diikat dengan batu.

Sukar hendak saya bayangkan bagaimana perut kosong yang perlu dibantu supaya tidak terasa terlalu pedih kelaparan, dengan mengikatkan ketul-ketul batu pada perut itu. Tak boleh. Saya gagal merasionalkannya. Tidakkah perbuatan itu akan menimbulkan rasa sakit pula di perut itu kerana adanya batu-batu yang diikat padanya?

Saya kebetulan sedang membaca beberapa buah buku yang di dalamnya terdapat cerita-cerita berkenaan. Misaalnya buku "Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman" hasil karya Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang baru diterbitkan oleh Anbakri Publika.

Antara lain digambarkan sewaktu membuat persiapan Perang al-Ahzab, Rasulullah turut bersama-sama dengan para sahabat, memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan. "Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati."

"Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah s.a.w. mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong." (ms 45)

Dan bayangkanlah. Walaupun terpaksa menahan lapar, Nabi dan para sahabat bekerja menggali parit itu dalam keadaan gembira dan bersemangat. Kata Nik Aziz, "Ketika menggali parit, para sahabat bersajak dan bersyair untuk membangkitkan semangat juang. Rasulullah s.a.w. juga turut bernasyid bersama-sama mereka." (ms 34)

Kemudian ketika membaca buku Meraih Ampunan Allah (terjemahan) karangan Jamilah al-Mashri (2004, Jakarta), terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah (r.a) memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata: "Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu."

Bayangkan Rasulullah tiga hari tak makan! Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, "Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: 'Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?' Baginda menjawab: 'Lapar, wahai Abu Hurairah'." (ms 230)

Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah, yang melekat dalam fikiran saya, menyebabkan saya berfikir - alangkah berbezanya, dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.

Tentulah itu bukan cerita kedaifan. Nabi Muhammad mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya dia memilih untuk menjadi kaya. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Khadijah, mengamanahkan perniagaan kepadanya.

Para sahabat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf adalah orang-orang kaya yang banyak harta, dan sentiasa mahu menyumbang. Kemudian hasil rampasan perang pun, mengikut Jamilah al-Mashri, boleh memberikan kekayaan kepada Nabi sekiranya baginda mahu mengambil bahagiannya.

Katanya, "Seandainya Rasul s.a.w. mau menegumpulkan harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan dari Perang Hunain saja sudah mencapai 8,000 ekor kambing, 4,800 unta, 8,000 auns perak serta 1,200 tawanan." (ms 138)

Mengisahkan seorang sahabat yang juga mengalami lapar, Nik Aziz di dalam bukunya mencatatkan: "Abu Hurairah r.a, berkata: Bahawa pada suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar. Orang yang melihat aku tergeletak di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan. Sebenarnya aku tidak terkena penyakit sawan, tetapi aku rebah kerana terlalu lapar.

Tiba-tiba ada sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh aku pergi ke rumahnya. Menerima jemputan itu tiba-tiba tubuh aku menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah saw menjemput kami ke rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami." (ms 35)

Membaca sirah Rasulullah dan para sahabat berulangkali dari pelbagai sudut, saya bukan saja merasai perbezaan corak hidup mereka yang ketara itu, tetapi juga merasai beberapa pertanyaan yang mendesak, memerlukan pemahaman yang lebih rasional dan wajar.

Misalnya, dua tahun lalu saya pernah mengutip idea dan pemikiran Abul Hasan Ali An-Nadwi dari bukunya Pertentangan Iman dengan Materialisma, untuk dialog drama pentas saya yang berjudul "Tamu Dari Medan Perang".

Dalam drama tersebut watak Mufti membacakan sebuah hadis, begini: "Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Umar ibnul Khattab, katanya: Pada suatu hari saya masuk menemui Rasulullah s.a.w. di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda tidak menggunakan sebarang alas bagi mengalaskan antara tubuhnya dengan pasir. Kesan-kesan pasir kelihatan jelas di bahagian rusuknya.

"Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi baginda tidak memilih yang itu."

Meneruskan pemikiran itu di hari-hari Ramadan al-mubarak, saya jadi bertambah yakin bahawa corak hidup kita sudah jauh terpesong dari landasan yang ditunjukkan Nabi. Jauh betul terpesongnya. Dan rupa-rupanya inilah yang selalu ditekankan Tok Guru Nik Aziz dalam kuliah-kuliah dan juga dalam kepimpinannya.

Tepat sekalilah beliau bertanya Ketua Audit Negara yang menegur jabatan dan agensi kerajaan Kelantan "tidak menunjukkan kemajuan ketara". Kata Nik Aziz: "Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ni dikira dari mana." Soalan itu sebenarnya untuk difikirkan oleh semua orang hari ini.

-----------

Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau sms 0136362408

Thursday, October 9, 2008

raya..raya..raya

"cepat la bangun!!! hari ni hari raya cepat bangun..." aku cuba mengumpan adik lelakiku yang sangat liat untuk bangun pagi..
dengar je hari raya sepantas kilat terjun dari katil..pelik betul. klu hari biasa kejut sampai seribu kali pun takbangun selagi matahari tak tercacak di atas kepala...ermmm...betapa istimewanya hari raya.semuanya disiapkan serba baru untuk menyambutnya..

dirumahku adik perempuanku bising suruh tukar cat dan langsir baru...
"banyak cantikkk..bagi la duit nak suruh tukar semua benda"
"ala raya setahun sekali ja pun. apa salahnyakan mak??"
"ermm..kalau tukar guna air liur xpa la jugak..nie dok membazir ja"

pastu rumah aku pun bertukar warnany...jeng...jeng...jeng...
"ya Allah warna apa hang cat nie tasya oi?? gelap gulita umah nie."
sibuk ja sepupu aku mengomel tengok umah kami berubah warna jadi warna meroon..
memang gelap pun jadinya umah tue..tapi nak catnya hanya Tuhan yang tahu..2 hari 2 malam mengecat baru siap huhuhuk..ermm tue la kita just nmpk hasilny sahaja tapi tak pernah tahu apa yang perlu ditem[uhi sebelum mendapat hasilnya itu..macam kisah cawan yang cantik tu..ingt lg??

kembali kepada persoalan tadi kenapa nak serba baru di hari raya nie??
kenapa nak yang perfect je di hari raya??
kenapa boleh je bangun awal di hari raya?
yang penting kenapa boleh seluruh orang kampung berjamaah di masjid beramai??
ajaib..ajaib..

itulah kita(melayu) atau kita(islam)??
tepuk dada tanya iman..^_^

bersambung...

Monday, October 6, 2008

kemana kau menghilang setelah sekian lama wahai diri...
kemena??kenapa terlalu lama menyepi tanpa sebutir bicara di lontarkan, tanpa sebait kata, tanpa apa-apa khabar...
apa yang telah terjadi pada dirimu????
***aku rindu semua ini..sungguh aku rindu..***
apa yang engkau rindukn??
kau telah lama hilang..hilang dari sehari demi sehari...
***tidak..aku masih disini..aku tidak pernah hilang kemana-mana.cuma aku tak berdaya untuk berada disini.kadang-kadang aku meronta-ronta untuk berada disini tapi tak boleh, seperti ada sesuatu yang sentiasa menghalang diri ini...aku rindu..***
apa tindakan seterusny??
***ketika aku dlm kelalaian dibuai permainan syaitan terasa seperti begitu indah apa yang dianggap bodoh bila aku menyedarinya..sungguh ruginy diri ini selalu mengikut al-hawa' yang sentiasa memakan diri ini.oh Tuhan ku mohon..kuatkanlah diri ini..tetaplah aku berada di jalanMu***

..rejab..sya'aban..ramadhan..terus pergi meninggalkan daku...