Thursday, December 24, 2009

cuti di kampung

Cuti semesta selama sebulan sungguh panjang bagiku..separuh aku menghabiskan masa di bangi dan separuh lagi aku tinggal di kampung tercintaku..

Balik rumah seperti biasa aku akan sentiasa mengingatkan adik2 aku we have to be a good muslim. Tapi yang sangat memeranjat aku kali ini..my lil sis solat dan baca quran tanpa mak aku suruh dan marah2 padanya!!subhanallah…sejuk hatiku…moga2 Allah telah membuka hati adikku untuk menyerah diri kepada Allah.

“syok ja mak tengok adik hang lani..sembahyang tak payah suruh, baca quran pun dah tak kena paksa dah lani..” aku angguk sambil tambah “ermm..tu la cek tengok dia semlam terkejut jugak..alhamdulillah..”

“mak suka bila dia kawan ngan F tue..baguih juga bila adik dah camtu..”akhiri mak aku. Aku senyum2 ja la..

Dalam hati aku berkata patut la rajin sangat..sebelum nie aku sampai berbuih mulut dok bagitau dia sikit pun tak berubah. Tapi bila BF dia suruh tak yah nak ceramah2 pelbagai. Senang ja nak buat..

Tak pe la adik slow2..aku dah tak tahu nak wat camne sekarang. Klu dia buat sebab BF dia maknanya takkan bertahan lama..aku berdoa moga2 Allah betul2 bukakkan hati adikku yang sorang nie.aku pun berharap pembaca2 blog ini tolong mendoakan juga adikku ini..

I’allah 10 januari dia akan daftar di politeknik jitra. Harapnya ada akhawat yang boleh pergi tengok2 adikku ini. Tak perlu pun buat liqo’ dengan dia cukup hanya pergi ziarah bawa makanan and sharing sket2 je..

Aku tahu jauh di sudut hati kecil adikku ini masih menginginkan kebaikan dan beribadah dengan sebetulnya. Aku suka bila tengok dia pakai t-shirt labuh yang aku bagi kat dia tue..sweet sangat.muslimah sejati to be~~

No comments: